CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ditutup Untuk Pelajar Perempuan, Kanak-Kanak Terpaksa Belajar Di Sekolah `Rahsia’

20-5-2022 10:33 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 991| Komen: 7

Golongan kanak-kanak perempuan di Afghanistan terpaksa belajar di sekolah `rahsia’ bagi memastikan pendidikan mereka terjamin dan tidak ketinggalan dalam proses pembelajaran.


Langkah itu diambil ketika kerajaan Taliban terus menutup sekolah untuk pelajar perempuan.

Memetik laporan BBC, puluhan remaja perempuan didapati menghadiri kelas matematik di sebuah sekolah rahsia baharu yang tersembunyi di kawasan perumahan di Afghanistan.


Kredit foto: BBC

“Kami sedar ancaman yang bakal terjadi malah kami khuatir mengenainya. 


“Namun, pendidikan bagi wanita lebih bernilai daripada apa-apa pun (risiko),” kata seorang guru di sekolah itu.

Menurut guru tersebut, dia berusaha menyediakan persekitaran sekolah rahsia seolah-olah bilik darjah sebenar. 

“Kami cuba melakukan yang terbaik secara rahsia. 

“Usaha ini amat berbaloi walaupun selepas ini mereka menahan atau memukul saya,” katanya.   

Hampir semua kecuali di beberapa wilayah di Afghanistan, sekolah menengah perempuan diarahkan untuk ditutup oleh Taliban.    

Pada Mac lalu, Taliban melarang kanak-kanak perempuan meneruskan pendidikan mereka di sekolah menengah dan kolej selepas beberapa jam institusi pendidikan dibuka semula.

Keputusan yang diarahkan oleh pemimpin tertinggi Taliban dan Hibatullah Akhundzada menimbulkan kemarahan ramai rakyat Afghanistan dan masyarakat antarabangsa.

Malah, bagi pelajar-pelajar di sekolah rahsia dan ramai lagi remaja perempuan, kesannya masih boleh dirasai.

“Sudah lebih dua bulan dan sekolah masih belum dibuka lagi. 

“Situasi ini membuatkan saya sedih dan bimbang mengenai masa depan saya,” kata seorang pelajar perempuan berusia 19 tahun di bilik darjah itu.

Seorang lagi pelajar perempuan berusia 15 tahun menasihatkan gadis seusianya di Afghanistan untuk menjadi lebih berani dan tidak berputus asa.

“Sekiranya kita berani, tiada sesiapa pun yang mampu menghalang kita daripada mencapai kejayaan,” katanya.  

Ketika ini, kanak-kanak perempuan sudah boleh memulakan pengajian di sekolah rendah dibawah pemerintahan Taliban sekali gus menyaksikan kehadiran yang tinggi susulan peningkatan keselamatan di kawasan luar bandar.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada remaja perempuan akan dibenarkan untuk meneruskan pendidikan mereka di peringkat menengah. 

Sebelum ini, pihak berkuasa Taliban berulang lagi memaklumkan akan membenarkan semua kanak-kanak perempuan untuk pergi ke sekolah.

Namun, Taliban juga pernah mengakui pendidikan wanita adalah isu sensitif kepada mereka.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orenn1 20-5-2022 01:52 PM
Ni klu sedara dorg kat msia, pas dibiarkan jd kejaan tunggal, tak mustahil yach anak cucu pompuan kita tak dibenarkan pegi sekolah. Kat kelantan pun dah ada kan polis aurat check baju pompuan bagaiii. Mmg kurang ajar pas ni, bangsatt punya parti. Keja dorg tindas pompuan jah. Dasar low class punya jantans phuiii
Quote dua_chzy 20-5-2022 01:54 PM
E eh. Ingatkan Taliban dah tak Taliban.
Quote Artemesiaa 20-5-2022 03:44 PM
Ramai yang tertipu dengan lakunan awal mereka dulu.  Sebab tu ramai yang cuba cabut lari sampai nak bergayut pada sayap kapalterbang.
Quote umbut 20-5-2022 03:50 PM
Dah agak dah.. Masa mula2 kemain janji3 manis benarkan pompuan sekolah sambil dipuji netz lobai jadian kunun telibennn ni baik pompuan afghan ni cantik2 ye
Quote ainonymous 20-5-2022 04:12 PM
kesian nya lahai adik2 dekat sana. tabah la nak, kalau boleh lari duduk dkt roda kapal terbang, ko hadap je la
Quote copy_paste 20-5-2022 04:27 PM
ape tujuan x bg golongan wanita belajar tinggi2 nih,
bukan haram pun ppuan belajar tinggi,
rugi lah dalam negara kalau ppuan xdpt salurkan kemahiran dan kepandaian,
Quote plywood 20-5-2022 05:16 PM
baca tajuk dah boleh agak di afghanistan. ... kesian betullah.

tak boleh bayang iq perempuan-perempuan yang dihalang untuk sekolah ni nanti...  kebolehan untuk survival perempuan yang tak sekolah ini pun akan rendah, hanya dapat meneruskan hidup dengan bergantung kepada suami, keluarga atau orang lain...

kalau tempat pergantungan hilang maka terpaksa cari tempat pergantungan lain sebab diri sendiri tak dilatih untuk kemahiran hidup.. begitulah aku terbayang keadaan kehidupan mereka

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.091766 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top