Seorang lelaki menetap di Pulau Bali, Indonesia menjadi perhatian apabila mendedahkan sedang mencari calon isteri untuk menghabiskan semua wang miliknya, lapor portal berita Coconut.
Menerusi rakaman video dimuat naik di laman TikTok, Ken Alcindior, seorang pembuat kandungan digital berpangkalan di pulau peranginan itu mengaku sedang mencari jodoh. “Perhatian, nama saya Ken dan saya tinggal di Indonesia sejak lima tahun lepas. “Saya kini sedang mencari calon isteri untuk menghabiskan wang simpanan saya,” ujar Alcindior dalam bahasa Indonesia.
Alcindior turut membalas beberapa komen yang bertanya berapa banyak wang dimilikinya dengan jawapan ‘sangat banyak’ sambil meninggalkan emoji mengenyit mata. Video yang turut dikongsi di laman Instagram lelaki itu turut mendapat perhatian ramai wanita yang terbuka menawarkan diri untuk bergelar isterinya. Sumber: Kosmo
|
gigahertz replied at 20-5-2022 10:37 AM
habiskan atau di kerjakan?
SedihPedih replied at 20-5-2022 10:40 AM
scammer kah?
allshares replied at 20-5-2022 09:34 PM
Ni kalau trisna baca mesti menyesal kawin dgn zul.
ADVERTISEMENT