CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Universiti Kunjungi Hospital Serah Skrol Diploma Pada Wanita Baru Bersalin

20-5-2022 09:51 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 818| Komen: 0

Seorang wanita berpeluang menikmati saat-saat istimewa menerima skrol diploma apabila ia dilakukan di hospital sejurus dia selamat melahirkan anak, lapor India Today.


Jada Sayles, dari Louisiana, Amerika Syarikat sepatutnya menghadiri majlis konvokesyen pada 14 Mei lalu, namun dimasukkan ke hospital pada 13 Mei kerana sudah mengalami tanda-tanda mahu bersalin.

Presiden Universiti Dillard, Dr Walter M. Kimbrough mengambil keputusan untuk membuat kejutan kepada pelajar itu dengan membawa skrol diploma dan jubah graduasi Sayles ke hospital.


Kredit foto: Twitter @JadaSayles

“Saya menerima teks pesanan daripada Sayles pada 13 Mei yang menyatakan dia sudah dimasukkan ke hospital untuk bersalin dan dimaklumkan bayi lahir pada 14 Mei, tarikh konvokesyen sepatutnya berlangsung.

“Saya tidak mahu Sayles terlepas momen graduasi, maka pihak universiti mengunjunginya di hospital untuk mengadakan sesi penyerahan skrol istimewa,” kata Kimbrough. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.160163 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top