Ketua Bidang Dakwah Majlis Ulama Indonesia (MUI), Cholil Nafis menegaskan wanita yang mempunyai dua suami atau mengamalkan poliandri adalah haram di sisi Islam.
Lapor Kompas.com, Cholil berkata, sesuatu perkara yang haram adalah berdosa dilakukan kerana bertentangan ajaran Islam. “Poliandri haram dan tidak sah nikah yang kedua,” katanya. Beliau mengulas mengenai warga Cianjur, Jawa Barat yang diusir penduduk kampung kerana memiliki dua suami.
Kisah wanita berusia 28 tahun itu menjadi tular dalam media sosial kerana didakwa mempunyai dua suami di Sodong Hilir, Desa Tanjungsari. Menerusi video itu, penduduk dilihat membakar pakaian wanita itu dan mengusirnya sekeluarga keluar dari kampung tersebut. Difahamkan, pernikahan wanita itu dengan suami baharu dibuat tanpa pengetahuan suami pertamanya dan perkahwinan terdahulu masih sah. Wanita itu mereka-reka cerita kononnya ibu bapanya meninggal dunia dan sudah dua tahun bercerai dengan suami pertama. Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT