Tiga tahun digantung tak bertali, Amar Asyraf dan isteri keduanya, Vivy Jeffry sah cerai talak tiga di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.
"Sejak diceraikan dengan talak tiga pada 4 November 2019, proses pengesahan di mahkamah tidak dapat diselesaikan dengan cepat kerana terdapat dokumen yang tidak lengkap selain banyak perkara yang berlaku daripada pihak Amar membuatkan mahkamah tidak memberikan keputusan rasmi berhubung perceraian kami. "Hari-hari saya lalui dengan penuh doa agar proses pengesahan lafaz cerai ini dapat diselesaikan dengan segera kerana saya mahu meneruskan kehidupan tanpa sebarang masalah. Saya sudah terlalu penat untuk menghadapi kehidupan yang tertangguh.
"Saya mahu hidup dengan tenang dan enggan menoleh segala hal yang berlaku antara saya dan Amar sebelum ini. Semuanya sudah berakhir hari ini. Saya lega apabila pengesahan lafaz cerai talak tiga sudah selesai dengan baik walaupun terpaksa menunggu dalam tempoh yang panjang," katanya kepada Harian Metro.
|
auntyonion replied at 19-5-2022 09:38 AM
Sape eh ni
hzln replied at 19-5-2022 09:45 PM
Mana dah acik2 forum yg dulu2 kebasahan dgn dia ni hasil dr layan slot akasia drama yg dia berlakon ...
hzln replied at 19-5-2022 09:45 PM
Mana dah acik2 forum yg dulu2 kebasahan dgn dia ni hasil dr layan slot akasia drama yg dia berlakon ...
ADVERTISEMENT