Usahawan sensasi, Safiey Illias mendedahkan dia terpaksa menjual rumahnya yang terletak di Setia Sky Residence untuk membayar hutang dan 'refund' semula wang pelanggan yang sebelum ini membeli barangan yang dijualnya.
Menerusi Instagram, Safiey mengakui kesilapannya dan menganggap ia sebagai ujian serta musibah buat dirinya.
"Di kesempatan masih raya ini, saya mohon keampunan. Saya akan selesaikan satu per satu. Saya sentiasa balas mesej orang yang minta refund. Saya tak lari pun.
"Doakan saya dipermudah urusan untuk selesaikan semuanya secara berperingkat. Semoga dengan niat saya ini Allah permudahkan semuanya dan beri peluang kedua untuk saya.
"Saya bukan nabi, saya manusia biasa. Apa-apa pun saya akan update satu-satu ya. Doa je banyak-banyak. Dan ada beberapa individu saya dah refund.
"Saya tak nak cakap banyak, orang takkan percaya kan? Tapi, nanti saya dah selesai semua barulah orang akan percaya," tulisnya.
Sebelum ini, seorang wanita tampil mendakwa menjadi mangsa penipuan usahawan terbabit dalam satu urusan jual beli beg tangan terpakai.
Susulan daripada penularan cerita berkenaan, ramai individu yang pernah menjadi mangsa turut mendedahkan pengalaman yang sama.
Ada juga yang mendedahkan pernah berjumpa dengan ayah usahawan berkenaan bagi menuntut bayaran hutang Safiey.
Enggan keluarga terpalit sama, Safiey turut memohon agar individu tidak berpuas hati terhadapnya tidak membabitkan kedua ibu bapanya.
"Janganlah babitkan keluarga saya yang tiada kena mengena dalam hal ini. Saya dalam proses jual rumah di Setia Sky. Tapi makan masa juga. Saya buat semua ini demi langsaikan semua hutang.
"Lagi pun rumah tu saya dah tak duduk pun. Rumah dah habis bayar, beli cash. Tak larat nak bayar maintenance fee RM600 sebulan," coretnya. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Memang la ko bukan nabi tapi prngai ko cam babi kaki scammer dari kisah ko scam stokis2 ko sampai skang ko scam 1 malaya konon da insof bertaubat siap g mekah last2 jual bontot lagi..urghh
meols tidak mendoakan yang baik2 dan tidak juga mendoakan yang jahat2
pandai2 la doa utk diri sendiri ya
sbb dah banyak sgt propa
nk percaya pun dah malas
So.. duit bag fake yg dia konon2 nak jual tu, dia buat cover kehidupan n beli beg AAA ka utk bagi customer? Koser la nak percaya kan kau. Menipu forever.
gekkou replied at 19-5-2022 07:00 PM
meols tidak mendoakan yang baik2 dan tidak juga mendoakan yang jahat2
pandai2 la doa utk diri send ...
Walaupun heshe kaki propa, koman2 SPA yg ditayang tuh betoi original yach
Retis bbnu yg sekor lagi tuh lagi haramjadah, sewa rumah bayar depo cash pun ngaku beli rumah
Betingkek betul retis bodo zaman skang
Sapa yg gigih naaauuu beli handbeg terpaksi tokey timbang kilo
Baik la beli kat shopee tu beg copy Ori dari cina .rega pun bawah rm500..
nak model apa semua ada.. ada double box premium..copy Ori butik..gred AAA..xdak la sakit hati sgt beli handbeg fake
I ambil langkahudah utk dia dan sajat... Tak hirau.... Senang... Kalau Tuhan nk bg hidayah... Maka adalah... I harap i tak buat kerja menipu duit org ... Takut