Satu Malaysia gempar dengan kehilangan pesawat MH370 pda 2014. Sudah lapan tahun berlalu, misteri kehilangan pesawat itu masih lagi belum terjawab sampai sekarang.
Baru-baru ini, seorang individu berkongsi keadaan sebuah kereta yang dipercayai milik kepada mangsa nahas MH370 yang terbiar di lapangan terbang ini. Keadaan kereta itu yang terbiar dan dipenuhi dengan habuk itu turut membuatkan ramai sebak melihatnya. Disebabkan terlalu lama diparkir, kereta tersebut dipasang clamp.
Dalam rakaman itu juga dikongsikan road tax yang ditampal pada kereta itu yang menunjukkan tarikh luput pada tahun 2015. Ramai sebak melihat kereta itu tidak dituntut. Ada yang mencadangkan supaya kereta-kereta milik mangsa nahas MH370 dan juga MH17 diletakkan di muzium sebagai kenangan. Malah ada yang memberitahu pernah menemui beberapa kenderaan yang terbiar di lapangan terbang dipercayai milik mangsa-mangsa terlibat. Antara komen: “Patutnya disimpan oleh muzium negara. Title penantian yang tiada penghujung. Orang akan ingat sampai bila-bila.” “Haritu ada baca satu cerita, katanya sengaja waris tak nak ambil kereta tu sebab masih mengharap mangsa tu akan pulang.” “Pasti tuan kereta tu pun tak sangka itu lah hari terakhir dia parking kereta kat situ…” “Saya pun pernah tengok banyak kereta dekat parking klia…” -CARI
|
Artemesiaa replied at 19-5-2022 04:17 PM
Dah sampai masa untuk alih kereta2 tu ditempat lain. Kekosongannya nanti boleh memudahkan mereka ya ...
mejaputih replied at 19-5-2022 04:19 PM
tp susah juga nk tunda kete2 ni...nak hidupkan enjin pun susah
Artemesiaa replied at 19-5-2022 04:21 PM
Pihak kereta tunda mahir je uruskan kereta2 macam tu nak hidupkan enjin dah mustahil buat masa ni. ...
_blackbird replied at 19-5-2022 04:31 PM
sedara, kalau ya pon nak buat content sila pastikan tarikh tu tepat. mh370 kan terhempas bulan mac, ...
Nnoor2 replied at 19-5-2022 04:35 PM
Akak x faham yg ni...maksudnya apa...
atai replied at 19-5-2022 04:35 PM
insyallah tuannya balik dan setelkan urusan dgn airport..dengan izin-Nya..
mejaputih replied at 19-5-2022 04:28 PM
sbb kat parking ofis iols pun pihak mgmt dah pening kes2 kete idle lama takde org tuntut ni..sbb t ...
Nnoor2 replied at 19-5-2022 04:35 PM
Akak x faham yg ni...maksudnya apa...
ADVERTISEMENT