Beberapa bulan lepas, negara Sri Lanka sedang mengalami isu seperti kejatuhan ekonomi, kehilangan pekerjaan, porak-peranda dalam dunia politik dan banyak lagi. Memetik Redaksi, baru-baru ini di media sosial Twitter ada memaparkan rusuhan dan hura-hura yang berlaku di negara Sri Lanka. Difahamkan, polis negara tersebut telah mengesahkan 38 rumah ahli politik terbakar dan 75 rumah lain juga musnah dalam proses rusuhan itu. Di samping itu, Kementerian Pertahanan Sri Lanka telah mengarahkan tentera mereka untuk menembak sesiapa yang merosakkan harta benda negara ataupun menyerang pegawai kerajaan, tambahan pula, sekurang-kurangnya 9 orang maut dan 200 orang cedera sejak isnin lalu. Ekoran itu, tentera negara tersebut terpaksa menyelamatkan perdana menteri Sri Lanka Mahinda Rajapaksa beberapa jam selepas beliau meletakan jawatan berikutan pertempuran antara penunjuk perasaan anti dan pro-kerajaan. Walaubagaimanapun, negera itu juga sedang bergelut krisis ekonomi yang dahsyat dengan harga barangan harian melambung tinggi dan kekurangan bekalan elektrik yang meluas selama beberapa minggu. -CARI |
nakkomenjugak replied at 22-5-2022 05:10 PM
Kalau Malaysia buat camni kat politicians agak2 camne laa kan?
Memang lari obersi laaa cite diaaa t ...
ADVERTISEMENT