CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelakon India Mati Tergantung, Keluarga Dakwa Bukan Bunuh Diri

19-5-2022 03:18 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2305| Komen: 6|Original author: Tatod


Pelakon drama India, Pallavi Dey yang didakwa bercinta dengan suami orang ditemui mati tergantung di kediamannya di Kalkota, India pada 15 Mei lalu.

Kekasihnya, Sagnik Chakraborty membuat laporan polis bahawa gadis berusia 21 tahun itu meninggal dunia akibat bunuh diri.

Bagaimanapun, keluarga Pallavi menolak kenyataan berkenaan dan percaya mereka tinggal serumah walaupun Sagnik sudah mempunyai isteri dan belum bercerai.


Hasil bedah siasat mendapati Pallavi membunuh diri namun ibu bapanya mendesak pihak polis untuk menahan Sagnik atas dakwaan melakukan kekejaman mental dan fizikal serta penyelewengan dana yang diperoleh anak perempuan mereka.

Difahamkan, Sagnik akhirnya ditahan selepas pihak polis mengikuti petunjuk pasti mengenai pembabitannya dalam penyelewengan kewangan aktres berkenaan.


Dalam soal siasat, Sagnik mengakui dia mempunyai simpanan tetap bersama Pallavi berjumlah kira-kira RM85, 029. Dia juga membeli sebuah apartment mewah di Salt Lake dan sebuah kenderaan mewah yang kebanyakannya dibiayai oleh Pallavi.




Pegawai penyiasat merasakan bahawa walaupun Sagnik mempunyai pekerjaan tetapi pendapatannya tidak mampu menampung perbelanjaannya. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Aikiko 20-5-2022 11:37 AM
Jantan ni betul2 ambik kesempatan ye
Quote buapakperut 20-5-2022 07:48 PM
https://vt.tiktok.com/ZSdCB1W6v/?k=1
Quote angelofish 20-5-2022 08:24 PM
hansem sangat ke jantan nye?
Quote Lily_Elizabeth_ 20-5-2022 08:34 PM
buapakperut replied at 20-5-2022 07:48 PM
https://vt.tiktok.com/ZSdCB1W6v/?k=1

Thanks

Kelakar giler!!!
Quote immi 21-5-2022 04:32 PM
buapakperut replied at 20-5-2022 07:48 PM
https://vt.tiktok.com/ZSdCB1W6v/?k=1

Adoiiiii sadisnya terbelit gitu hahahahaaaaa
Quote darkness 21-5-2022 04:44 PM
buapakperut replied at 20-5-2022 07:48 PM
https://vt.tiktok.com/ZSdCB1W6v/?k=1

aduhaii

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.464924 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top