CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Insiden 'Diusir' Dari Singapura, Abdul Somad Sifatkan Negara Itu Sombong Dan Kurang Ajar

19-5-2022 12:12 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3517| Komen: 37|Original author: Tatod


Gara-gara Ustaz Abdul Somad dianggap sebagai 'pelampau' dan 'pendukung dasar pemisahan', dia dan keluarganya dilarang memasuki Singapura serta dihantar pulang semula ke Indonesia.

Menerusi temu bual sebuah saluran di YouTube, pendakwah berkenaan menuntut duta Singapura yang berada di Jakarta untuk menjelaskan sebab kukuh dia dilarang memasuki negara itu sedangkan tujuannya ke sana adalah untuk bercuti.

"Hanya negara kecil tetapi kenapa sombong? Pada hal suatu ketika dahulu ketika diserang todak pun sudah tunggang-langgang. 


"Satu jam saya berada di bilik yang berukuran 1x2 kaki. Seperti liang lahad. Kemudian tiga jam berada di bilik lain bersama rakan, isteri dan anak-anak. 


"Mereka asalnya datang sini hanya sebagai pendatang. Tak dapat makan di negara ini maka datang di sana. Apabila mempunyai kekuasaan jadi kurang ajar," katanya.

Memilih Singapura sebagai destinasi pelancongan, Abdul Somad berkata, ada kemungkinan dia dihalang memasuki negara tersebut disebabkan larangan sama di Timor Leste pada 2018 ketika namanya dimasukkan dalam senarai pengganas.

"Pada 2018, saya tidak boleh masuk Timor Leste sebab imigresen di lapangan terbang mendapat maklumat saya adalah seorang pengganas. Tetapi itu 2018, sekarang ini sudah 2022.

"Saya rasa Singapura masih menyimpan fail lama, belum dihapuskan lagi. Singapura mesti kemas kini status dan pengetahuan. Cari tahu ini orang ini siapa, boleh tanya Malaysia atau Brunei Darussalam," katanya.


Singapura menjadi negara keenam yang melarang penceramah bebas popular dari Indonesia itu daripada memasuki negara berkenaan.

Selain itu, dia juga didakwa tidak dibenarkan memasuki Hong Kong (2017), Switzerland, Jerman dan United Kingdom (2020).

Untuk rekod, Abdul Somad pernah dianugerahkan gelaran doktor daripada salah sebuah universiti di Malaysia serta profesor daripada universiti di Brunei. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 19-5-2022 02:35 PM
apa pulok...'rumah orng'...hak orng...kalo halau ko dr 'rmh ko' lg la menggelupor...apa daaaaa......
Quote Samerosie 19-5-2022 02:39 PM
Dah kau cakap orang tu macam2 pastu kau nak berlibur kat rumah dia mesti lah kena halau.  
Quote Suchi 19-5-2022 02:45 PM
UAS pun dah mcm ummah melayu guna perkataan ‘pendatang’.
ummah tiongkok yang ada kat indonesia tak terasa apa ke? Ke sbb dorang pun dh jadi bangsa indonesia kan.
Quote FOTHER-MUCKER 19-5-2022 02:49 PM
Edited by FOTHER-MUCKER at 18-5-2022 10:51 PM

Ada satu lobai di Malaysia tu cukup taksub dengan dia ni kononya dia ni memperjuangkan larangan perkahwinan perbezaan agama.

Tetapi rupanya ada dalam YouTube lama ustaz ni tidaklah melarang perkahwinan berbeza agama.
Quote lyshafull 19-5-2022 02:49 PM
Masuk rumah org kene bagi salam , x kan masuk menunu dalam islam pun lebihkan adab .. mcm tu la masuk negara orng ade peraturan yg kita kena ikut … sebagai ulama bnde asas dalam islam
Quote dani-rox 19-5-2022 03:07 PM
Bitter sungguh. Harap Singapore ban seumur hidup terus muka ngko
Quote BeskotCekelat 19-5-2022 03:17 PM
Suchi replied at 19-5-2022 02:45 PM
UAS pun dah mcm ummah melayu guna perkataan ‘pendatang’.
ummah tiongkok yang ada kat indonesia ta ...

Dia memang ummah Melayu pun. Melayu Asahan...
Quote kasibiman 19-5-2022 03:20 PM
Kau nak pegi tuan rumah tak Kasi masuk.

Move on.

Donia ni bukan berpaksi pada engkau.
Quote shi_jewel 19-5-2022 03:23 PM
sabo ustaz...itula nak jd alim ulamak tak senang. even nabi pun dicerca dihina secara fizikal dan verbal jaman dolo.

sekarang ularmak je banyak...plis ustad, jgn jatuh jd ular.

ambil iktibar dari kisah nabi, walhal yg itula yang kamu selalu tazkirah hari2x
Quote VioletsAre_Blue 19-5-2022 04:01 PM
Singapork je pun bukan best sangat, rakyat dia pun berpusu-pusu nak bercuti kat malaysia
Quote gigi 19-5-2022 04:10 PM
masuk umah orang hormati tuan rumah tu je
Quote SedihPedih 19-5-2022 04:20 PM
mmg sampai ke sudah la spore ban heols
Quote hird 19-5-2022 04:21 PM
Coooppp bukan ka ada org up video ustad ni bukan lah kena tahan ala2 kecik mcm liang lahat. Ustaddddd tak baik penipooo tau.
Kang tak memasal di banned terus masuk forever and ever, ustad jgn mare.

Mai lah datang sini, baca komen2 ramai sanggup nak berjuang bagai
Quote imanjannah 19-5-2022 04:55 PM
VioletsAre_Blue replied at 19-5-2022 04:01 PM
Singapork je pun bukan best sangat, rakyat dia pun berpusu-pusu nak bercuti kat malaysia

kannnn....
Quote zacEfron 19-5-2022 05:55 PM
indon jongos



Quote kitmal 19-5-2022 06:03 PM
Hak dia sebagai tuan rumah...datang malaysia semua boleh jerrrrrrrrrrrrr
Quote Skuau 19-5-2022 06:23 PM
kitmal replied at 19-5-2022 06:03 PM
Hak dia sebagai tuan rumah...datang malaysia semua boleh jerrrrrrrrrrrrr


datang la Msia..sini Msia Boleh....bah..kalau kaw...
Quote Firenzza 19-5-2022 06:25 PM
Msia jerr yg baekk punya layan pati rohingya masuk wpun cara haram, siap nk tlg carikan keja lg.....rkyt sendiri kena halau kuar germany pun KJ cuma tersenyum sinis
Quote intan244 19-5-2022 06:25 PM
singapore mmg poyo. member ajak pergi uss pon iols xpernah hingin nak pergi. pernah gi airport je terpaksa transit pergi jepon, tu pon sbb ticket free. kalau beli sendiri koser naik transit flight, esp singapore.

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.090883 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top