CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tulis Ayat Cinta, Kutip Hutang, Kutuk Musuh- Wanita Jual Teks Mesej Dapat RM20ribu Sebulan

19-5-2022 11:26 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2284| Komen: 20

Beijing: Seorang wanita dari wilayah Guangdong, dekat selatan China, tular pada awal bulan ini selepas dilaporkan meraih pendapatan lumayan iaitu lebih 30,000 yuan (kira-kira RM19,530) hanya dengan menjual teks selamat malam.


South China Morning Post (SCMP) melaporkan, Wong Biying, 35, menjual teks itu dengan harga bagi satu yuan (kira-kira 65 sen) setiap mesej.

Idea itu tercetus pada 2012 ketika Wong bekerja di sebuah syarikat e-dagang dan membuka kedai di Taobao.


Foto: Thepaper.cn

Mesej itu mengandungi kata-kata mesra dan ringkas namun ada kalanya ia mencecah 200 patah perkataan.


"Jika pelanggan mempunyai permintaan khas, saya akan menulis mesej berdasarkan kisah mereka," kata Wong dalam video di media sosial, Douyin.

Wong berkata, pelanggannya terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk pesakit kanser, kanak-kanak daripada isi rumah ibu atau bapa tunggal.

"Apabila pelanggan membuat pesanan, ramai daripada mereka akan menulis cerita mereka sendiri dan melalui setiap cerita, saya cuba menjiwainya," katanya.

Tambah Wong, dia menerima permintaan luar biasa, malah ada juga mendapatkan khidmatnya untuk menulis peringatan kutipan hutang, kutukan untuk musuh, dan daripada individu yang cuba menjejaki bekas pasangan mereka.

Wong menubuhkan syarikat itu kerana dia sendiri mengasingkan diri kerana kesunyian dan ia menyebabkan insomnia.

Selepas meneliti dalam talian, dia mendapati ramai orang lain mengalami masalah sama.

"Saya fikir saya boleh menghubungkan orang yang tidak dikenali ini untuk menjaga satu sama lain," kata Wong kepada Ziniu News, platform media baharu di China.

Wong mengakui terkejut selepas menerima tempahan pertama beberapa hari selepas perniagaannya dimulakan, walaupun tidak menaruh harapan tinggi.

"Ternyata ramai orang memerlukan perkhidmatan itu," katanya.

Sejak lebih 10 tahun lalu, Wong menghantar 30,000 mesej dan pernah menghantar lebih 300 mesej dalam satu malam. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 19-5-2022 12:00 PM
boleh try kat malaysia. meh sapa nk kutuk musuh engkorang aku boleh karangkan ayat. Stu mesej aku caj 2 inggit
Quote Tinot7 19-5-2022 12:34 PM
Kena hantaq 30,000 msj sebulan.. rajin dia wat keje tuh.. baper lama voley bertahan?

South China Morning Post (SCMP) melaporkan, Wong Biying, 35, menjual teks itu dengan harga bagi satu yuan (kira-kira 65 sen) setiap mesej.
Quote Tinot7 19-5-2022 12:34 PM
rosedemon replied at 19-5-2022 12:00 PM
boleh try kat malaysia. meh sapa nk kutuk musuh engkorang aku boleh karangkan ayat. Stu mesej aku ca ...

Mahai sgt..
Quote dani-rox 19-5-2022 12:37 PM
akak senah changa dah bole bisnes jual teks maki hamun
Quote intan244 19-5-2022 12:40 PM
apa basic communication pon kena hire org tengah
Quote dua_chzy 19-5-2022 12:48 PM
Tinot7 replied at 19-5-2022 04:34 AM
Kena hantaq 30,000 msj sebulan.. rajin dia wat keje tuh.. baper lama voley bertahan?

South China Mo ...


30k mesej sebulan, pergh. The hard work. The commitment. The dedication.

Ni sebab ummah Chaina maju jaya (walau pprt).
Quote _blackbird 19-5-2022 01:14 PM
china & polisi bekerja seperti lembu berpisah tiada. tak kira makan gaji mahupon kerja sendiri
Quote kaoru44 19-5-2022 02:13 PM
Acik porum boleh try sbb terer karang ayt kutuk mengutuk dan caci maki
Quote ninja boy 19-5-2022 02:20 PM
babi dan lembu bekerja wakaka
Quote Artemesiaa 19-5-2022 04:19 PM
Pandai buat duit dengan bakat yang ada
Quote AnBulisia 19-5-2022 04:22 PM
ujung ujung dia upah orang juga
Quote Tinot7 19-5-2022 10:27 PM
dua_chzy replied at 19-5-2022 12:48 PM
30k mesej sebulan, pergh. The hard work. The commitment. The dedication.

Ni sebab ummah Chaina ma ...

Tapi baper lama mampu bertahan.. tak kekeringan ide yg mengarang, ka ada buku standard replies.. hehe..
Quote matchstick 19-5-2022 11:20 PM
Kalau setakat ayat nk maki musuh datang berguru kt CI ni je lah. Ramai boleh ajarkan
Quote TOPwind 19-5-2022 11:59 PM
rosedemon replied at 19-5-2022 12:00 PM
boleh try kat malaysia. meh sapa nk kutuk musuh engkorang aku boleh karangkan ayat. Stu mesej aku ca ...

kat msia 20 posen tak mau bayar
Quote TOPwind 20-5-2022 12:01 AM
Tinot7 replied at 19-5-2022 12:34 PM
Kena hantaq 30,000 msj sebulan.. rajin dia wat keje tuh.. baper lama voley bertahan?

South China Mo ...

kira copywriter ni
Quote mbhcsf 20-5-2022 02:17 AM
wah ini sangat kreatif ....apa apa pun pada warga China ni , semua boleh ye depa jadikan satu businesss...untung pulak tu ...wow lah...i mean, sampai pelbagai kelompok pi guna service dia ni , kire hebatlah.
Quote Tinot7 20-5-2022 02:23 AM
TOPwind replied at 20-5-2022 12:01 AM
kira copywriter ni

Lagi masyuk buat bisnes mcm ni tapi iols curious baper lama voley bertahan..
Gaji copywriter shj mungkin tak berapa masyuk kott..
Quote princess_mia 20-5-2022 02:45 AM
kerja dia macam watak Joaquin Phoenix dalam movie HER, mamat ni kerja as a professional writer based on client's instructions.
Quote sharlenetexas 20-5-2022 06:06 AM
Sheols ada subcon hantar mesej ke?


Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.120273 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top