CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Luar Macam Bangsal Nak Roboh, Dalam Macam Hotel Lima Bintang

19-5-2022 10:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3608| Komen: 26

Kuala Terengganu: Dilihat dari luar hanya sebuah bangsal yang menunggu masa untuk roboh namun sebaik melangkah masuk ke dalam, ia tidak ubah seperti sebuah bilik hotel bertaraf lima bintang.


Pemilik bangsal, Baharuddin Mamat, 66, berkata, ruang rehat yang digelar 'Bangsal Jerenggen' itu dibinanya dengan kos RM11,000 sebagai tempat berehat buatnya selepas berniaga selain tempat solat pekerja dan tandas di dalam bangsal itu turut digunakan pelanggan yang bertandang ke kedai makannya.

Katanya yang mengusahakan kedai makan di Jalan Sultan Mohamad, di sini, idea mengubah suai ruangan dalam bangsal itu tercetus tiga tahun lalu.

Foto: Harian Metro

"Tak sangka ramai yang terkejut melihat bangsal ini kerana orang ramai yang datang ke kedai tidak menyangka ruangan dalamannya tidak seperti bahagian di luar.

"Biasanya orang akan membuat ubah suai pada bahagian luar bagi memperlihatkan sesebuah binaan sempurna namun saya tidak berbuat demikian kerana ruangan dalaman lebih penting kerana ia dapat memberi keselesaan apabila berehat atau beribadat," katanya ketika ditemui di Bangsal Jerenggen bersebelahan kedai makan miliknya.

Menurutnya yang berasal dari Kampung Bukit Besar, di sini, kemasan di dalam bilik berkenaan direka mengikut cita rasanya yang tersendiri.

Katanya, apabila tandas di bahagian luar kedai penuh, dia akan meminta pelanggan masuk ke dalam bangsal untuk menggunakan tandas di situ dan ramai yang terkejut melihat dalaman tandas itu.


Foto: Harian Metro


Baharuddin berkata, tandas mencerminkan kebersihan, oleh itu walaupun tandas di luar bangsal yang sering digunakan pelanggan kelihatan dindingnya agak usang namun kebersihan di dalamnya tetap terjaga.

"Tandas di dalam bangsal dan di luar bangsal saya jaga serta membersihkannya setiap masa bagi menjamin kebersihannya selain selesa untuk digunakan pelanggan.

"Sebelum ini apabila ke tandas kedai makan di mana-mana yang saya singgah saya melihat kebersihannya tidak dititik berat," katanya yang lebih dikenali dengan panggilan 'Pok Din Lejeng'.

Seorang pelanggan, Rosliza Jusoh, 35, berkata, tandas di dalam bangsal kedai makan milik Pok Din, tidak ubah seperti bilik hotel kerana sangat cantik dan bersih.


Foto: Harian Metro

"Kalau lihat bahagian luar rasanya was-was nak masuk namun sebaik pintu bangsal dibuka saya amat terkejut melihat kekemasan ditambah pula dengan adanya penghawa dingin.

"Pok Din membenarkan saya menggunakan tandas di dalam bangsal itu berikutan tandas di luar digunakan individu lain dan saya tidak sangka di luarnya kelihatan seperti rumah setinggan namun di dalamnya seperti banglo," katanya.



Menurutnya, seperti mimpi apabila melihat bangsal itu kerana luaran tidak mencerminkan dalamnya yang amat cantik dan sempurna. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 19-5-2022 11:12 AM
Adakah pokcik ni tiru idea Sharifah Syahira .. ekeke
Quote rosedemon 19-5-2022 12:02 PM
warna keemasan nth kenapa aku terlintas ayah ping
Quote chinta89 19-5-2022 12:21 PM
kat manalah ek kedai pakcik ni kalau pegi  terengganu nt senang pakat singgah nak cari ehehe
Quote Burong_Hantuk 19-5-2022 12:24 PM
x rasa berminat nk stay situ
Quote shernazz 19-5-2022 12:25 PM
Ni bukan takat nak berak jr..
Siap bawak sabun mandinterus dalam tab mandi
Quote tripleid 19-5-2022 12:43 PM
tingat cite senario..luar cam stinggan,dalam mcm kondo
Quote afie_m 19-5-2022 12:45 PM
betul2 luar setinggan dlm condo ni
Quote nuryakmal 19-5-2022 02:12 PM
baikla duit tu pakai reno betul2 luar dalam bangsal tu. tak paham
Quote dodolgemok 19-5-2022 02:18 PM
Hotel 5 bintang apa mcmtu deco nya persis deco acik2 kertu baru dpt jackpot jah! Nak claim hiasan hotel 5 star tu sila buat kajian lagi yah! Sekarang pakai konsep minimalis, bukan hiasan grandeur hodoh semak samun dgan wallpaper kehulu kehilir!
Quote Artemesiaa 19-5-2022 05:15 PM
Dalam dah nampak cantik dan bersih elok baiki dinding luarnya sama pasti akan lebih cantik
Quote Decaffeinated 19-5-2022 08:21 PM
Sebelum nak claim 5 bintang tu cuba ko caj harga 3 bintang dulu kot ada yang sanggup bayar.
Quote Samerosie 19-5-2022 08:27 PM
Maap le mungkin m bertaraf 5 bintang mata org lain, tapi mata iols berpinau nengok.
Quote syamzana 19-5-2022 09:01 PM
bangsal tu berlubang bagai kalau tgk memerut org mai intai
kot ye pun xmo reno luar tu blh tak bersih kemas elok2. ni dgn besen pink meja merah jerenggen situ, seluar/kain main sangkut je, moto ekzos berkarat tu prop ke apa?
Quote Thunderclouds 19-5-2022 09:13 PM
Perhaps yg claim tarap five stars tu xpenah dok hotel five stars But A for efforts ya pakcik. Kipidap
Quote anony-mous 19-5-2022 09:13 PM
dodolgemok replied at 19-5-2022 02:18 PM
Hotel 5 bintang apa mcmtu deco nya persis deco acik2 kertu baru dpt jackpot jah! Nak claim hiasan ho ...

Zmn atok ni dlu2 gitu la konsep decor mewah. Nanti lg 10-20 thn org kutuk pulak konsep minimalist. Yg nk tggal atok tu bkn org lain
Quote Suchi 19-5-2022 09:58 PM
Janji bersih udahla pakcik.
Sapa la yg berendam dlm tab tu ye? Pakcik tu ke?
Quote angelofish 19-5-2022 10:05 PM
custemer kuar masuk.tak kena rembat ke pc dan barang lain dalam tu?
Quote orangbiasaje 19-5-2022 10:59 PM
Memandangkan banyak je skrg hotel 5 star dengan tandas ada kulapuk dan tak cuci bersih, hakikat ada pelanggan puji tandas bersih, sis anggap memanglah 5 star. Tak kisah lah deco camne, pemandangan camne, kebersihan dan keselesaan tandas is no. 1 utk rating.
Quote FOTHER-MUCKER 19-5-2022 11:44 PM
Baguslah jika itu seperti hotel 5 bintang.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 05:01 PM GMT+8 , Processed in 0.126111 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top