CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Halim Radzi Nak Jadi Penyanyi Pula

19-5-2022 10:14 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1340| Komen: 1

Selain menyimpan impian untuk bergelar aktor terbaik di Malaysia, pelakon yang semakin mencipta nama Halim Radzi turut menyimpan hasrat untuk bergelar seorang penyanyi.


Halim atau nama lengkapnya Abd. Halim Radzi Sapari, 27, ketika dihubungi Kosmo! berkata, impian untuknya bergelar penyanyi sudah lama ada, namun terpaksa memendam sementara hasrat tersebut bagi mempersiapkan diri.


Kredit foto: IG Halim

“Saya pernah terfikir untuk terjun dalam bidang nyanyian secara serius. Cuma sekarang ini saya dalam proses untuk mempersiapkan diri supaya dapat menyanyi di hadapan khalayak ramai dengan baik.


“Saya akui masih belum boleh membuang rasa gementar lebih-lebih lagi untuk membuat persembahan di atas pentas,” katanya kepada Kosmo!

Bercerita lebih lanjut, pelakon drama Jangan Menangis Cinta itu berkata dia sangat suka menyanyi sejak kecil lagi. Malah dia turut mempunyai kebolehan menyanyikan lagu-lagu berbahasa Hindi dalam filem-filem Bollywood.

“Sejak kecil saya memang suka menyanyi. Saya bukan sahaja boleh menyanyikan lagu Melayu, tetapi juga lagu-lagu Hindustan.

“Sejak kecil saya sudah didedahkan dengan lagu-lagu dalam filem Bollywood kerana ibu saya gemar menonton filem Hindustan,” jelasnya.


Kredit foto: IG Halim

Sebagai persiapan diri, tunang kepada pelakon Sharifah Husna itu kini sedang mempelajari bermain gitar supaya dia boleh menjadi penyanyi yang mempunyai kebolehan bermain alat muzik.

“Selain bermain gitar, saya juga akan mengikuti kelas vokal untuk persediaan lebih rapi. Sebelum ini saya ada menghubungi penyanyi dan juga guru vokal, Idayu. Tapi kelasnya buat masa ini sudah penuh.

“Insya-Allah bila ada kekosongan nanti saya akan mengikuti kelas vokal bersama Idayu nanti. Saya tidak mahu menjadi penyanyi ‘kosong’. Sekurang-kurangnya saya perlu ada sedikit ilmu jika mahu serius menjadi penyanyi,” katanya.

Menjadikan cara nyanyian penyanyi Aizat Hamdan sebagai contoh, Halim berkata dia lebih selesa menyanyikan lagu-lagu bergenre balada kerana dirasakan lebih sesuai dengan ton suaranya.



“Untuk tahap saya, lagu-lagu berentak balada lebih sesuai. Lagu nyanyian seperti Aizat Hamdan yang bernyanyi secara tenang adalah contoh nyanyian saya.

“Apa yang penting sesuai dengan ton suara saya,” ujarnya. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 19-5-2022 10:35 AM
halah3, si kemut cucu tok beras ni da start da stiap hari menempel citer dia ni kat bodgos

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.106125 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top