Sejak awal minggu lalu, isu jalan cerita membabitkan drama popular, 7 Hari Mencintaiku 3 menimbulkan reaksi hangat netizen di media sosial.
Segalanya bermula selepas watak utama, Khuzairi yang dilakonkan oleh Shukri Yahaya memutuskan untuk menjadi pak sanggup kepada Nurul (Wafariena) yang didakwa hamil anak Pak Samad (Kazar), yang juga bapa kandung kepada Khuzairi. Susulan itu, netizen mula tertanya-tanya adakah situasi tersebut dibenarkan di dalam agama? Bagi menjawab kekeliruan berkenaan, pendakwah bebas yang juga salah seorang daripada pelakon drama itu, Pencetus Ummah (PU) Azman menjelaskan perkahwinan di antara Nurul dan Khuzairi adalah sah.
Perkara tersebut dijelaskan sendiri oleh PU Azman atau lebih mesra disapa Cik Man menerusi sebuah hantaran di aplikasi Tik Tok. Katanya lagi, meskipun terdapat percanggahan pendapat para ulama, namun penjelasannya itu adalah bersandarkan daripada mazhab Syafie. Malah, Pu Azman juga dilihat sempat bergurau meminta Khuzairi untuk tidak mengahwini watak Fatin yang dilakonkan oleh Reen Rahim. Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi pelbagai terhadap penjelasan yang diberikan oleh PU Azman itu. Sekadar informasi, 7 Hati Mencitaiku 3 merupakan drama yang kini sedang ditayangkan di slot Akasia TV3 pada setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 6.58 petang. Sumber: Media Hiburan
|
cmf_premierleag replied at 19-5-2022 03:40 AM
drama bodohhhhh..semua dlm family khuzairi ni sume toksik tahap loji kumbahan taik indah water.
dr s ...
MatDeghem replied at 19-5-2022 12:31 PM
si penulis novel.
krimkraker replied at 19-5-2022 01:45 PM
Bosan nye jalan cite jenis gini. Rindu pulak drama2 rtm dahulu kala....
ADVERTISEMENT