CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tikam Jurulatih Sebab Sakit Hati Tak Terpilih Dalam Pasukan Futsal

19-5-2022 08:22 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 574| Komen: 0

Gara-gara tidak berpuas hati kerana tidak terpilih dalam pasukan futsal, seorang pemain menikam jurulatihnya sendiri di Pekan Baru.

Kejadian tersebut berjaya dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) sehingga tular dalam media sosial, lapor Kompas.com.  

Menerusi rakaman tersebut, suspek dilihat menaiki motosikal dengan mengenakan baju berwarna merah dan seluar pendek ke rumah mangsa. 


Kredit foto: TribunNews

Ketua Unit Siasatan Jenayah, Polis Pekan Baru, Andrie Setiawan berkata, mangsa dilihat membuka pintu sebelum tertuduh mengeluarkan pisau dari seluarnya dan menikam di bahagian perut mangsa. 


Jelasnya, mangsa dikejarkan ke hospital dan suspek berusia 30 tahun berjaya diberkas selepas menyerang mangsa di rumahnya di Rumbai Pesisir.  

Katanya, motif serangan disebabkan suspek hanya diletakkan sebagai pemain simpanan dan tidak menjadi pemain utama semasa perlawanan futsal sebelum ini. 

“Lelaki itu merupakan sebahagian daripada pasukan futsal. Dia tidak terpilih untuk bermain dan hanya duduk di bangku simpanan. Jadi, dia berasa sakit hati dengan mangsa,” katanya. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.426534 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top