CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Setuju Polis Lebih Kerap Ke Sekolah?

19-5-2022 08:22 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 764| Komen: 2

Hampir 90 peratus pelayar Instagram Sinar Harian bersetuju kegiatan buli dalam kalangan pelajar dapat dicegah sekiranya pihak polis ditempatkan secara lebih kerap di sekolah menerusi program Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS).


Undian dilakukan secara dalam talian mendapati, 88 peratus atau 301 undi bersetuju manakala 12 peratus atau 42 undi pula tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

Undian yang mula dibuka kira-kira jam 12 tengah hari pada Rabu itu dibuat bagi mendapatkan pandangan awam susulan berlaku beberapa insiden buli membabitkan pelajar sekolah dilaporkan sejak akhir-akhir ini.


Kredit foto: IG Sinar Harian


Undian dalam talian yang dibuat Sinar Harian melalui platform Instagram.

Akhbar sebelum ini melaporkan, polis menerima tiga laporan berkait kejadian pelajar Tingkatan Dua di sebuah sekolah menengah agama (SMA) berasrama penuh di Nilai yang dipercayai dicederakan pelajar senior.

Tiga pelajar berusia 14 tahun itu menerima rawatan pesakit luar di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) kerana kecederaan di beberapa bahagian badan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada Isnin menegaskan, tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak pentadbiran atau pengurusan sekolah yang cuba menyorokkan kejadian buli jika berlaku di institusi pendidikan itu.



Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, pihak sekolah sebaliknya diminta lebih telus melaporkan maklumat atau kejadian berkaitan buli bagi membantu menyelesaikan masalah.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 19-5-2022 08:24 AM
Korang tengok la.

Korang didik anak camna, sampai polis pun korang nak susahkan jaga anak2 korang.
Quote mziskandar 19-5-2022 09:49 AM
skolah 80s, 90s.
polis dtg buat roadshow ke skolah2.
citer bahaya dadah, penyakit2 kesan penggunaan dadah, kongsi gelap, hukuman gantung, etc.
beserta gambar2 dan video2 ngeri tak censored.
pastu kena pikir sendiri, kalau kita tetak org sampai putus, org lain pn boleh tetak kita sampai putus. mcm dlm gambar.

kengkadang ada kumpulan murid2 terpilih dpt buat lawatan kebalai polis dan lokap polis - just visiting.

bomba, askar, hosp pn ada buat gak roadshow camtu.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.073700 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top