CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Semuanya Lenyap Dalam Ingatan Pemimpin Orkestra Angkara Memori 30 Saat

19-5-2022 08:20 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 877| Komen: 2

Ahli muzik dan pemimpin orkestra, Clive Wearing kini dikenali sebagai lelaki yang mempunyai ingatan 30 saat iaitu salah satu kes amnesia paling teruk pernah direkodkan.


Oddity Central melaporkan, rutin biasa seperti makan, bangun tidur atau melihat ahli keluarga, semuanya lenyap dalam ingatan Clive, setiap antara tujuh hingga 30 saat.

Mustahil untuk dibayangkan, namun itulah kehidupan Clive yang juga pemain keyboard itu, sejak hampir empat dekad lalu.


Kredit foto: A24

Kehidupan Clive berubah sejak 29 Mac 1985, apabila rebah di rumahnya dan dikejarkan ke Hospital St Mary di London oleh isterinya, Deborah.


Dia mengalami sakit kepala selama beberapa hari, namun tidak pernah membayangkan bahawa otaknya dijangkiti virus insidius yang akhirnya akan 'melenyapkan' hipokampus, bahagian di otaknya.

Virus herpes simplex 1, yang biasanya menyebabkan lepuh disyaki menjadi punca keradangan otak Clive.

Dalam kes yang sangat jarang berlaku, virus itu menyerang saraf tunjang dan bukannya menyebabkan lepuh seperti biasa, namun merebak ke otak.

Ia menyebabkan otaknya membengkak.

Doktor hanya memberi Clive peluang 20 peratus untuk hidup namun selepas diberi ubat antivirus selama beberapa hari, keadaannya bertambah baik, sekurang-kurangnya secara fizikal.

Bagaimanapun, seiring peralihan waktu, doktor, Deborah dan Clive, memahami bahawa keadaan otaknya tidak lagi sama seperti sebelum ini.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote intan244 19-5-2022 09:41 AM
kesiannya.. syukurlah manusia dgn keadaan kesihatan kita skrg, walaupon x cantik mcm model
Quote chinta89 19-5-2022 12:26 PM
teringat cerita lakonna amir khan.. tajuk Ghajini.

kat bdn penuh tulis apa dia perlu buat sb ingatan dia hilang. bila dia baca balik apa ada kt bdn dia, dia akan cari balik org tu utk balas dendam.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.075029 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top