CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Perempuan Bunuh Diri Kecewa Dibuang Sekolah

19-5-2022 08:18 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 934| Komen: 2

Pelajar perempuan berusia 14 tahun di wilayah Songkhla, selatan Thailand nekad membunuh diri selepas dibuang sekolah oleh seorang guru, lapor laman berita Thaiger semalam.


Media Thailand melaporkan pelajar bernama Bonus itu menggantung diri di sebuah rumah pada 13 Mei lalu kerana mempunyai masalah kewangan dan keluarga. 

Rakan-rakannya memberitahu polis bahawa seorang guru memberi tekanan terhadap pelajar itu dan memaksanya meninggalkan sekolah. 


Kredit foto: Samui Times

Bonus merupakan pelajar gred 9 di Sekolah Satri Phatthalung di wilayah Pattalung. 


Dia tinggal bersama ibunya di Songkhla dan tidak dapat pergi ke sekolah kerana tiada siapa boleh membawanya ke terminal bas. Jadi, dia terlepas kelas pertama semester itu pada 9 Mei lalu.

Rakan-rakan Bonus berkata, guru itu tidak memahami sebab ketidakhadirannya dan meminta mangsa meninggalkan sekolah kerana dia membawa masalah.

Mereka juga memberitahu polis bahawa Bonus kerap bergaduh dengan ibunya kerana tidak mempunyai wang untuk belajar.

Polis kemudian memeriksa mesej antara Bonus dengan rakan-rakannya. Mereka mendapati mangsa memberitahu rakannya bahawa dia ingin membunuh diri kerana dihalau dari sekolah.  

Bonus turut meminta seorang rakannya untuk menceritakan perkara sebenar selepas dia meninggal dunia.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Sekolah Satri Phatthalung, Malee Kaewlaiad memaklumkan kepada media Thailand bahawa sekolah itu mahu membantu Bonus, manakala insiden itu berlaku kerana salah faham dan masalah komunikasi antara pelajar dan guru terbabit.

Guru tersebut pula mendakwa bahawa dia tidak berniat untuk mengecewakan pelajarnya dan cuba membantu Bonus dalam semua cara. 

Dia memberitahu telah meminta Bonus untuk membawa ibunya ke sekolah selain meminta pelajar itu tinggal di tempat perlindungan kanak-kanak, namun kemudiannya mendapati Bonus membunuh diri.

Pengarah sekolah itu berkata, sebuah jawatankuasa akan ditubuhkan untuk menyiasat kejadian itu dengan lebih terperinci. 

Beliau juga mengakui bahawa pihak sekolah mahu mengelak situasi seperti itu berulang pada masa akan datang.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 19-5-2022 10:44 AM
Ohhh..ingatkan kes pompuan pantai remis,perak..ada org share vdeo tergantung.
Quote epullipan 19-5-2022 11:44 AM
jawapan cikgu tu macam nak lepaskan diri je...apa apa harap ade share apa tindakan yang akan diambil pihak polis dan sekolah

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.059012 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top