Lebih daripada satu objek kelihatan seperti bola logam jatuh di beberapa buah kampung di negeri Gujarat, India baru-baru ini.
Objek itu ditemui di kampung Bhale Khambholaj dan Rampura. Menurut media India, bola logam hitam besar yang pertama jatuh dari langit di kampung Bhalej di daerah Anand, Gujarat pada kira-kira jam 4.45 petang pada 12 Mei lalu. Berat bola itu dikatakan kira-kira lima kilogram.
Malah, serpihan logam serupa juga ditemui di kampung Khambholaj dan Rampura. Selain itu, bola logam hitam dan perak turut ditemui di Umreth dan Nadiad di daerah Kheda. Sebuah pasukan dari Makmal Sains Forensik sedang memeriksa serpihan dan bola logam tersebut bagi menentukan apakah sebenarnya objek tersebut. Bagaimanapun, seorang ahli astronomi, Jonathan McDowell di Pusat Astrofizik Smithsonian Harvard, berteori bahawa ia kemungkinan serpihan daripada roket. Sumber: Sinar Harian
|
Artemesiaa replied at 19-5-2022 04:08 PM
Jual kai kedai besi buruk laku ke tak ni
ninja boy replied at 19-5-2022 10:56 AM
Roket berak
Supersirap replied at 19-5-2022 04:48 PM
Seronok kalau objek yang jatuh tu benda yang berharga
Samerosie replied at 19-5-2022 09:38 PM
Yg pelik2 kalau tak jadi kat negeri "i" yg ini, mesti kat negeri "i" satu lagi.
ADVERTISEMENT