CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Berputih Mata Tak Dapat Beli Basikal, Duit Raya RM700 Lesap

19-5-2022 07:41 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4258| Komen: 63

Seorang ibu hanya mampu reda dan menganggap bukan rezeki anak-anaknya apabila duit raya lima daripada tujuh anaknya berjumlah RM700 didakwa hilang di sebuah pasar raya besar Tampoi petang semalam.


Siti Nurhafizah Azman, 36, berkata, mereka merancang menggunakan duit itu untuk membeli basikal untuk tiga anaknya.

Menurutnya, dia membuat perkongsian di media sosial kerana berharap ada pihak yang terjumpa bungkusan wang itu dan mengembalikannya.


Kredit foto: FB Community Roda Johor - CRJ

"Ada yang mengecam termasuk menyatakan saya cuai kerana membawa wang sebanyak itu, namun saya berterima kasih kerana ramai menghubungi saya untuk menyumbang wang, malah ada yang mahu memberikan basikal buat anak-anak saya.


"Malah, pihak pengurusan pasar raya besar itu minta saya datang ke sana jam 3 petang esok (hari ini) kerana mahu membelikan basikal untuk anak-anak," katanya ketika dihubungi, malam semalam.

Bercerita mengenai kejadian itu, Siti Nurhafizah berkata, dia ke pasar raya besar itu bersama suami dan lima anaknya kira-kira jam 3 petang untuk membeli basikal buat tiga anaknya berusia sembilan bulan, tiga tahun dan enam tahun.

"Ketika sedang melihat basikal, anak berusia sembilan bulan menangis dan saya mendukungnya.

"Ketika itu, saya meletakkan beg tangan yang berisi duit raya itu di dalam troli yang ketika itu terdapat anak perempuan saya berusia tiga tahun di dalamnya.

"Saya tak perasan mungkin anak perempuan saya ada mengeluarkan bungkusan wang itu dari beg tangan saya. Saya hanya sedar wang itu tiada apabila saya mahu mengambil telefon bimbit dalam beg tangan berkenaan," katanya.

Siti Nurhafizah berkata, dia kemudian kembali ke lokasi sekitar untuk mencari, tetapi tidak jumpa, malah anak perempuannya itu juga menjawab tidak tahu apabila ditanya ada mengeluarkan wang berkenaan atau tidak.

Memandangkan duit raya itu diletakkan di dalam plastik, Siti Nurhafizah berkata, dia bimbang jika ada individu yang terjumpa dan menganggapnya sampah lalu membuangnya.



Katanya, dia agak terkilan dengan kejadian itu kerana anaknya bersungguh-sungguh mengumpul duit raya kerana mahu membeli basikal.

Selepas kejadian itu, Siti Nurhafizah agak bingung dan terus pulang ke rumah di Kempas tanpa membuat laporan polis.

Namun sehingga kini, dia masih tidak bercadang membuat laporan polis, namun menyerahkan kepada Allah sekiranya masih ada rezeki untuk mendapatkan semula wang terbabit, tetapi tetap reda jika sebaliknya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 19-5-2022 07:47 AM
Anak 7, pergi pasaraya dgn 5 org anak baaa rm700 duit raya dr 5.org anak tu untuk beli basikal untuk 3 orang anak, salah sorang umur 9 bulan.  Besikal apa untuk baby 9 bulan ni?  Kenapa parents zaman sekarang ni merepek2 je kerjanya.
Quote Rdizz 19-5-2022 08:01 AM
Pelik lah, takkan nk beli basikal utk ank 9 bln, ke bila viral ada org nk tlg @ sedekah, terus nk ambik kesempatan. Mungkin basikal mainan kot utk ank 3th. Beg plastik isi duit kemungkinan ada org lain curi, pencuri tunggu masa ja nk rembat, letak expose mcm tu dlm troly, kenapa handbag x serah pd suami utk pegang, nmpk cuai.
Quote Thunderclouds 19-5-2022 08:14 AM
Letak henbeg kt troli is a BIG no no cik kak
Quote alieyrina 19-5-2022 08:51 AM
Lepasni boleh la jd m.o..cakap duit hilang. Uplod ke medsoc.esok org derma dah
Quote Nnoor2 19-5-2022 09:01 AM
Kesian...moga dipermudahkan segalanya....alhamdulillah ada yg mahu bantu...kesian kat budak2
Quote Rdizz 19-5-2022 09:08 AM
alieyrina replied at 19-5-2022 08:51 AM
Lepasni boleh la jd m.o..cakap duit hilang. Uplod ke medsoc.esok org derma dah

Takut jadi trend pulak org msia, viral jadi mangsa apa2, pastu berdunyun org tlg, lama2 mentaliti mntk sedakah jadi budaya dlm masyarakat, sikit2 expect org tlg. Ok bagus malaysian yg pemurah cuma tetaplah tgn yg di atas lebih baik drp tgn di bwh. Jatidiri tu penting. Zaman nabi ada sahabat yg sgt dhaif tapi tetap tidak tunjuk lemah sbb menjaga maruah dan tetap berusaha demi kelangsungan hidup.
Quote bulalof 19-5-2022 09:12 AM
semua benda nak popsting.
Quote mejaputih 19-5-2022 09:17 AM
sepatutnya duit tu bank in dulu...pastu nnt catat la brp sekian2 nk beli basikal...nnt beli basikal swap je card...
Quote bakingsoda 19-5-2022 09:21 AM
takde cctv ke dlm pasar raya? tengok post dia anak gigih mengemis duit raya sana sini emm sangsi pulak. tak pasal2 cipta marketing baru cara2 mengemis duit dgn cepat. taktik org tempah banyak cancel last minute dah boleh masuk gua tak ni?
Quote batmana 19-5-2022 09:21 AM
Suami dia buat apa?tarak jaga ka?
Quote mejaputih 19-5-2022 09:25 AM
hrp legit la kes dia ni sbb dia taknak report polis...takut reka2 cerita je...terfikir pula dia nk amik gambo slps kira2 duit raya letak dlm beg plastik sblm gi pasaraya..iols tak terfikir pula nk snap gambo duit raya anak2....
semoga jadi pengajaran kat kita semua agar tidak cuai...
Quote prince_marhaen 19-5-2022 09:31 AM
konsep mengemis cara baru....
Quote Samerosie 19-5-2022 09:40 AM
mejaputih replied at 19-5-2022 09:25 AM
hrp legit la kes dia ni sbb dia taknak report polis...takut reka2 cerita je...terfikir pula dia nk a ...

Tu lah i pun terfikir eh eh sempat ambil gambar before tapi i tunggu je netizen lain CSI betul ke cukup 700 dalam plastik tu atau just hasanah binti kadib.
Quote prettyuglybabe 19-5-2022 09:46 AM
alang-alang, napa tak mintak basikal untuk semua anak
Quote chinta89 19-5-2022 10:57 AM
enahlah mcm sangsi.. kalau btl nk duit tu, pegi report polis, mana tau blh check cctv. takkan sesenang tu konsep ko nk redha je kak oiiii
Quote ninja boy 19-5-2022 11:10 AM
Budak zaman skrg byk betul duit raya
Quote annehuda 19-5-2022 11:12 AM
selalunye kalau dpt duit rm1 mcm ni aku bawak ke kedai atau bank ke tukar ke duit besar. bukan pe senang nak masuk dlm dompet. tujuh keping RM100 lg senang nk simpan dari ke hulu ke hilir bawak duit loose mcm ni
Quote nolya 19-5-2022 11:25 AM
Edited by nolya at 19-5-2022 11:37 AM
Samerosie replied at 19-5-2022 07:47 AM
Anak 7, pergi pasaraya dgn 5 org anak baaa rm700 duit raya dr 5.org anak tu untuk beli basikal untuk ...



Honestly I rasa skeptical, curiga dn drama sangat dgn kesah begini. Hari ini dah mcm2 kesah pelik terjadi dn diceritakan kpd ramai, barangkali ada maksud tertentu yg tersirat. Dn spt yg dpt diagak, kesah kehilangan duit untuk beli basikal anak diumumkan, maka ramailah yg ehsan dn ingin membantu belikan basikal.

Kronologi hilangnya duit mcm direkayasa. Sebabnya, mereka pergi ada suami dn anak2.  Anak berumur 3thn ada dlm troli pasaraya bersama2 beg berisi duit. Anak kecik nangis minta didukung.  Sebelumnya anak yg 9bulan ada di mana, pada siapa? Apakah selama itu digendong apaknyakah dn tiba2 nangis minta emaknya dukung?  Sibuk ngurus anak, anak yg dlm troli boleh keluarkan duit dari beg dn campakkan plastik duit ke bawah? Sebelum ke pasaraya, sempat juga ambil gambar duit dlm kantung plastik tu kan.  Di mana peranan suaminya diskenario begini. Skrip mcm ni nampak tak kemaslah n fishy sangat.

It seems matlamat yg bersandiwara tercapai sudah, ramai yg sudi membelikan basikal untuk anak2nya, bukan satu tapi tiga sekali.  Atau dia juga mengharapkan Ebit Liew akan membelikan.
Saya bukan iri, apa lagi dengki anak2 dia dpt basikal percuma drp orang ramai, tapi sandiwara dia sangat2lah mencurigakan. Cannot brainlah boleh upload duit dlm kantung plastik untuk cerita nak beli basikal di pasaraya tapi kemudian hilang?
Sorry kalau hati saya tak bersih dgn kesah begini, jgn sampai orang ramai mudah terperangkap dgn sikap ehsan sedangkan sebenarnya di'scam' hidup2.



Quote Belibis 19-5-2022 11:26 AM
Rdizz replied at 19-5-2022 09:08 AM
Takut jadi trend pulak org msia, viral jadi mangsa apa2, pastu berdunyun org tlg, lama2 mentaliti  ...

Level mintak bantuan pun dah upgrade..mulakan dengan karangan sedih berjela2...semoga Allah permudahkan segala urusan.

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.145584 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top