CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Keluarga Fatimah Kesal Dipersoalkan, Dilabel Murtad Hanya Kerana Pakai Kurta Sambut Raya

19-5-2022 10:43 AM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 30057| Komen: 184|Original author: Cinta Erina

Sumber: Instagram The Family UK


Adakah pembaca di sini yang ingat akan kanak-kanak bernama Fatimah yang sangat petah bercakap dalam loghat Kelantan walaupun tinggal di United Kingdom? 

Baru-baru ini, keluarga Fatimah memuat naik gambar sekitar sambutan hari raya menerusi akaun Instagram The Family UK. Namun, foto hari raya mereka sekeluarga dikecam kerana tidak memakai baju melayu dan baju kurung.


Menerusi posting dimuat naik itu, kelihatan Fatimah sekeluarga menggayakan baju kurta yang dikenali sebagai Salwar Kameez iaitu pakaian tradisi negara Pakistan. 

Pada pendapat penulis, tidak menjadi masalah sekiranya kita menyambut hari raya dengan memakai pakaian selain baju kurung dan baju melayu. 

Sumber: Instagram The Family UK

Hal ini menyebabkan keluarga Fatimah dilabel 'murtad' oleh sesetengah netizen di Malaysia hanya kerana mereka tidak memakai pakaian tradisional Melayu. 

Oleh itu, keluarga Fatimah tampil untuk memberikan penjelasan berkenaan hal itu. Mereka juga meluahkan perasaan kecewa kerana dilayan sebegini oleh orang Malaysia sendiri sedangkan rakyat Britain di sana tidak pernah sekalipun melabel mereka sedemikian. 

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen membela keluarga Fatimah dan mengatakan bahawa ramai yang tidak pandai membezakan antara hukum dan adat sehingga mereka berasa berani menjatuhkan hukum. - CARI

Sumber: Instagram The Family UK


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikdot 19-5-2022 10:54 AM
bongoknya la orang2 yg mengomen ni. habih tu org india/pakistan beraya kena pakai baju melayu jugak ke? haih..

i pulak lagi rengsa tengok org bukan melayu (read: non malaysian) yg beriau nau2 pakai baju melayu konon2 nak beraya for the sake of content/clout/followers
Quote SedihPedih 19-5-2022 11:08 AM
nk pakai baju gaun kembang time raya pun boleh aih..

i tgk gambo raya i kecik, i and adik pakai gaun kembang sedondon...haha.. mak i x suka bg pakai baju kurung sb i ada tendency pijak kain and jatuh..haha..

sekolah pun pakai skirt sampai i datang bulan baru mak i beli baju kurung and pakai tudung..
Quote dagusengett 19-5-2022 11:11 AM
I ada nak mention pasal ni sbb berhari jugak depa post pasal baju haha
Perlu ke kisahkan apa org nak ckp alahaiii
Asalkan berbaju sempena nak sambut raya
Bangladesh yg 99% muslim tu pun byk warisan tradisi india
Depa bersari lilit2 ketat tu
Yg bertudung pakai inner
Yg lain crop top midriff bareback je haha
Masa bulan posa takde sapa nak kecoh kalau pompuan makan kat kedai openly
Progressive kan islamic country yg ada prime minister pompuan
Dah duk kat UK tu biar jela makcik bawang msia halal police semua merempan haha
Quote prettyuglybabe 19-5-2022 11:13 AM
kalau dah leluhur paki, lantak dia la nak pakai kurta..
melayu toktok pun ramai je tak pakai baju kurung baju melayu bagai..
Quote Straya 19-5-2022 11:38 AM
Mana nak cari baju kurung & baju melayu kat uk tu pun.Bongok la diaorang ni.
Quote dagusengett 19-5-2022 11:41 AM
Straya replied at 19-5-2022 11:38 AM
Mana nak cari baju kurung & baju melayu kat uk tu pun.Bongok la diaorang ni.

Dekat komen ada suruh pos dari mesia hahaah
Quote azie5zoe 19-5-2022 11:47 AM
Alah..nak komen orang punya pakaian, baju sendiri pun tayang selulit. Hari raya ni memang untuk melayu jer ke??punyalah bangang.
Quote namieamuro 19-5-2022 11:52 AM
taktau pulak iols baju ni dh jd pengukur lambang agama mane bile raya. eh lantak la die nk pki baju ape pun. pengomen ni mesti sejenis jumud tak penah travel tmpt org or tak amek tau psl org lain.

same mcm yg komen bile mualaf baru tak tukar name melayu dan kekal name sblm convert
Quote Meiizu 19-5-2022 12:11 PM
Sapelah yg komen extreme sgt ni..muslim tu bukan hak melayu lagipun tengoklaa muka family uk ni pun bukannya melayu pun..paki india jugak.
Quote 800214 19-5-2022 12:27 PM
Mak fatimah ni sakit apa eh. Mcm teruk je sakitnya
Quote Suchi 19-5-2022 12:40 PM
Edited by Suchi at 19-5-2022 12:42 PM

1st dorang bukan melayu tulen
Kedua jadah jadi murtad plak,
Kira nak kata murtad melayu ke tp dorang tu bangsa paki.
Jadi mmg la pakai kurta.
Raya ni perayaan org islam tak kira bangsa apa.
Tp kat malaysia ni islam rata2 org melayu jadi elokla ummah melayu pakai baju melayu ka setanjak ke apa
Tp bangsa  lain gasak la depa nak pakai baju ikut tradisi bangsa depa ke apa.
Quote ziara 19-5-2022 12:46 PM
Alahai baju kurung pun byk yg x shariah compliant. Ikut bentuk badan, lengan tiga suku, jarang. Ada hati nak tegur orang
Quote mamajawie 19-5-2022 12:55 PM
aku sorang je ke yg rasa muka timoh yg close up gambar sorang tu cam muka dewasa tapi crop letak kat gambar badan budak kenit??
Quote mai 19-5-2022 12:57 PM
dagusengett replied at 19-5-2022 11:11 AM
I ada nak mention pasal ni sbb berhari jugak depa post pasal baju haha
Perlu ke kisahkan apa org nak ...

Diaorg memang macam ni kan u. Kalau satu isu tu memang lama la melayan perasaan tu. Hihi
Quote Myhappyending 19-5-2022 03:18 PM
Dhsmua menda nk crita hadap jela komentar netizen yg kadang2 mmg bengap luar biasa. Dan you sebagai seorg yg bijak pandai ( eh mom ni doctor kan? Ke silap? ) Xperlu lah nak melayan netizen komen
Quote kakakko 19-5-2022 03:40 PM
Anak ku yg marhaen ni pun pakai dress je time first raya. Al kisah baju yg di order seller hantar size besor.. Kejadah oiii..
Quote MsJules 19-5-2022 03:55 PM
Adik2 aku masa kecik pakai dress kain kembang ala-ala bebudak ballet tu untuk Raya.

Takde pulak SOP wajib pakai baju kurung/baju melayu.

Baju Raya kat Mesia ni pon semua modern ketat sana sini singkat jarang ala2 dress omputih ja.

Pedulikan komen2 netizen tak beradap tu.
Quote prince_marhaen 19-5-2022 03:59 PM
dah duk UK pun hadap jugak kan perangai netizen Malaysia....demi content.. sebab orang sana mana kesah pun pasal depa ni paki ke leluhur jahlopa ke...terpaksalah jugak keluar cerita sayu kena buli netz malaysia sebab orang sini je layan diorang macam superstar...ala-ala cakhappp melayu pelat sini, comel, power english sikit, waaaaoww... (~~daaa of course lah kan).. so? so? so? why bother kan...kau layan je lah netizen followers kau yang jumud bodo hidup bertunggu-bertangga kat IG influencer tu...
Quote kucingitam 19-5-2022 04:08 PM
acik2 pakai kebaya, dress labuh, jubah waktu raya boleh pulak...bias tol acik2 ni la..

Lihat semua komen(184)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.037472 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top