Kepada yang sudah berkahwin, kita sedia maklum bahawa persiapan sebelum nikah perlu dibuat dengan teliti supaya majlis pernikahan kita berjalan dengan lancar.
Biasalah sekiranya ada apa-apa kekurangan, namun siapa sangka bagi seorang bakal pengantin ini apabila dia mengetahui sebuah hakikat mengecewakan mengenai kisah ketelanjuran ibu bapanya.
Kisah mengenai bakal pengantin itu dikongsikan seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Tok Kadi Hispter. Tujuan kisah ini diceritakan supaya menjadi pengajaran kepada orang di luar sana.
Menurut ustaz ini, pihak ibu dan bapa kepada bakal pengantin berkenaan akhirnya mempunyai keberanian untuk mendedahkan kebenaran mengenai anak perempuan mereka yang berstatus anak luar nikah.
Bapa kepada bakal pengantin itu menjadi runsing kerana dia terpaksa memberitahu anaknya bahawa dia tidak boleh menjadi wali di hari bahagia puterinya nanti.
Walaupun berat untuk menyatakan perkara yang sebenar, ustaz ini mengatakan lebih baik ibu dan ayah itu berterus-terang mengenai hal sebenar kepada anak mereka. Hal ini kerana, jika si ayah berdegil dengan menyorokkan hal sebenar dan tetap menjadi wali kepada anaknya, dikhuatiri perkahwinan anak mereka menjadi tidak sah di sisi agama.
Meninjau ke ruangan komen, ramai yang bersedih dengan kisah yang diceritakan itu. - CARI