CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Lain Dari Lain" – Pengantin Sanding Atas Lori, Ikut Tradisi Keluarga

18-5-2022 03:13 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 1123| Komen: 0|Original author: Cinta Erina

Sumber: Tiktok Sahir Rosle


Majlis perkahwinan merupakan salah satu detik istimewa yang dinanti-nantikan setiap pasangan mempelai. 

Tidak hairanlah jika ada pengantin yang mahu mempamerkan kelainan untuk memastikan hari bersejarah mereka terus diingati.

Hal sama turut berlaku kepada pasangan pengantin dari Tanjung Piandang, Perak. Terbaru, seorang pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Sahir Rosle memuat naik video yang menarik perhatian ramai. 

Menerusi video itu, kelihatan pasangan mempelai telah memilih untuk berarak ke majlis perkahwinan mereka menggunakan lori kecil.


Kelihatan lori yang digunakan untuk berarak itu dihias cantik dan bunga manggar juga diletakkan di samping pohon tebu untuk mencantikkan lagi perhiasan di atas lori tersebut.

Kemudian, kedua-dua pengantin itu disambut sanak saudara untuk mengiringi mereka ke pelamin. 

Menurut kakak saudara kepada pengantin lelaki tersebut, dia mengatakan  bahawa perkara itu merupakan tradisi turun temurun dalam keluarga mereka yang bermula sejak arwah datuk dan nenek mereka berkahwin. 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berkata tradisi yang diamalkan oleh keluarga ini sangat unik dan jarang sekali dibuat pengantin lain. - CARI

Sumber: Tiktok Sahir Rosle


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:32 AM GMT+8 , Processed in 0.047020 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top