Tular di TikTok video pempengaruh dikenali sebagai Putreri Sari mencampakkan wang berjumlah RM10,000 yang didakwa palsu di hadapan seorang 'founder' produk. Pergeseran antara dua individu itu bermula apabila Puteri menerima tawaran 'paid review' untuk mempromosikan produk usawahan berkenaan. Menerusi sebuah video baharu, Puteri tampil menunjukkan kepingan not RM50 serta menandakan bahagian yang membuatkan dia curiga bahawa wang yang diberikan kepadanya adalah palsu. Menerusi perkongsian itu, Puteri turut menceritakan secara terperinci mengenai kejadian berkenaan yang bermula ketika dia dijemput untuk menghadiri rumah terbuka Aidilfitri Siti Jamumall sekaligus berbincang mengenai urusan 'paid review' berkenaan.
"Abang Siti Jamumall nak ambil saya untuk review produk dia. Jadi, alang-alang dia jemput datang beraya di rumah dan bincang. Kebetulan saya ada di Kuala Lumpur sebab ada shooting. Jadi, saya pun datang ke rumah Kak Siti dan beraya seperti biasa. "Kak Siti pun berikan produk Whitekish dan cash RM10,000. Kemudian saya pun terus gerak ke Kuantan sebab memang nak ke sana. Dalam perjalanan, saya pun check wang tunai yang Kak Siti berikan. "Kalau korang ada kat tempat saya, korang rasa duit ni asli tak? Siap kat belakang semua ada putih macam wang ini dicetak," katanya sambil menunjukkan gambar wang berkenaan. Tambahnya lagi, dia bukanlah seseorang yang suka menularkan satu-satu perkara namun wanita tidak mahu insiden sama menimpa individu lain. "Jujur, saya tak kisah pasal duit tu tapi yang buat saya marah dia tak mengaku kesalahan dia pun dan masih katakan duit tu asli tanpa dia check satu pun. "Dan saya risau kalau dia boleh buat kat orang lain sebab dengan saya pun dia buat macam tu," katanya. - CARI |
syidasaleh replied at 18-5-2022 10:30 PM
Marketing booooo. Dr badut2 yg bodoh lagi membodohkan
syidasaleh: Marketing booooo. Dr badut2 yg bodoh lagi membodohkan
syidasaleh: Marketing booooo. Dr badut2 yg bodoh lagi membodohkan
haifawehbe replied at 20-5-2022 01:29 AM
siti ni la tertukar anak haritu.. itu pun iols rasa hanya content semata.. mana ada org hilang anak ...
ADVERTISEMENT