CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cosplayer 'Disekolahkan' Polis, Siasatan Tatatertib Akan Dijalankan Terhadap Anggota

18-5-2022 10:05 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3022| Komen: 20

Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menyiasat dakwaan seorang wanita berasa tidak puas hati dengan layanan anggota polis yang bertugas ketika dia membuat laporan di sebuah balai polis di sini pada Isnin.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, wanita itu turut mendakwa tidak selesa dengan tutur kata oleh anggota polis yang bertugas pada ketika itu.


Gambar hiasan

"Satu siasatan tatatertib telah dijalankan oleh BIPS IPD Petaling Jaya.

"Tindakan tegas akan dikenakan terhadap pegawai atau anggota yang terbukti terlibat dalam insiden berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.


Mohamad Fakhrudin berkata, pihaknya memandang serius dakwaan pengadu itu.

"Pihak polis sentiasa akan memberikan layanan serta perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat," tegasnya.

Selasa lalu, tular di media sosial Twitter, seorang pengguna mendakwa 'disekolahkan' oleh seorang anggota polis ketika mahu membuat laporan mengenai diintai dan diganggu seorang lelaki di festival anime.

Katanya, dia terpaksa memakai pakaian cosplay ke balai polis berkenaan kerana mahu membuat laporan dengan cepat.

Bagaimanapun, ketika mahu membuat laporan, dia mendakwa anggota polis berkenaan menegur pakaiannya sehingga membuatkan dia berasa tidak selesa.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelip2_07 18-5-2022 11:20 AM
MMG ADE POLIS MULUT MCM TU
Quote ifanonline 18-5-2022 11:35 AM
memasuki balai polis ada etika berpakaian...memang wajib polis sound
Quote 123456 18-5-2022 11:44 AM
ifanonline replied at 18-5-2022 11:35 AM
memasuki balai polis ada etika berpakaian...memang wajib polis sound

Kalau ada apa2 kecemasan atau eksiden, kena balik rumah tukar pakaian dulu ke?
Quote Prickford 18-5-2022 11:52 AM
123456 replied at 18-5-2022 11:44 AM
Kalau ada apa2 kecemasan atau eksiden, kena balik rumah tukar pakaian dulu ke?

Nama pon kecemasan / accident. Yang ni pakai cosplay cekci2, kena intai, lagi kau harung jugak baju tu pakai pegi balai. Kalau iolls pon tempik kat orang macam ni. Kes kau tak emergency lagi datang balai jabatan kerajaan pakai baju tak ikut etika.

Quote kucingitam 18-5-2022 11:58 AM
haha ye la..satgi polis tanya pulak, kau pakai baju caner sampai kena intai? tu yng dia terus pakai baju cosplay buat report.. bawa bukti kekdahnya..
Quote Decaffeinated 18-5-2022 12:18 PM
Lepas buat satu laporan polis, buat satu lagi laporan terhadap polis. Gitu ka.

Apa dia pakai?

btw, jadah apa cosplay ni
Quote _blackbird 18-5-2022 12:30 PM
dak twitter cosplayer yg report ni lelaki ke perempuan. jgn kata lelaki yg berpakaian "orang gaji seksi"
Quote _blackbird 18-5-2022 12:36 PM
123456 replied at 18-5-2022 11:44 AM
Kalau ada apa2 kecemasan atau eksiden, kena balik rumah tukar pakaian dulu ke?

kalau dtg balai report berlenggang kangkong mcm ni bukan emergency pon. boleh balik rumah tukar baju dulu. kalau emergency polis dtg terus ke lokasi u sepantas kilat. i ada few times call kes stalking by stranger. i call 999 less than 10min polis terus dtg tempat  lokasi walaupon i on the move dlm kereta, escort i with 2 choices, 1) escort ke terus balai buat report 2) kalau i in the middle urusan ke tempat lain polis escort ke tempat tujuan i terus sampai ke pintu then bgtau nnt report kan balai sekian2 bla bla bla, bg no telefon utk direct contact in case kalau rasa keselamatan terancam lagi.

then polis balik balai bergossip sana sini by the time u sampai 1 balai ternanti2 kedatangan u yg buat kecoh di pagi hari td, then duduk dlm bilik IO berjam2 tak kasi makan / minum asik soal siasat bertubi2. suatu yg sgt letih soal jawap polis panjang gila, siap kena lukis, lakon kan balik, background check dan lain2, bila keluar balai tau2 dah nak subuh.
Quote nipskacang 18-5-2022 01:14 PM
Yg report ni bdk pompuan, famous kat tiktok sana, dia pakai seksi la jugak bg aku, tapi yg harrass dia ni siap berlari and menjerit2 kat booth budak pompuan tu nk ambik gmbr. Few times sampai management terpaksa warning, and ade ugutan bunuh diri jugak.  Bdk laki tu stalk dia sampai kereta bagai. which is why dia terus g buat police report. Sumber titkok: pudds.
Quote Artemesiaa 18-5-2022 01:20 PM
Kalau ada yang tepek gambarnya pasti lagi ramai akan komen
Quote pyropura 18-5-2022 02:00 PM
ifanonline replied at 18-5-2022 11:35 AM
memasuki balai polis ada etika berpakaian...memang wajib polis sound

Dia bukan anggota polis atau staff balai, buat pe dress code bagai? Asal jangan pakai bikini atau telanjang bulat sudah lah
Quote plywood 18-5-2022 02:16 PM
mana gambar cekci ... mcm mana nak imagine dan nilai...

Quote kam3n 18-5-2022 02:31 PM
[twitter]https://www.twitter.com/deadpudds/status/1526422470785241089[/twitter]

Tak ada lah seksi sangat pun kalau nak dibanding dengan pakaian artis² melayu moslem di tanah air. Lagipun dia siap pakai jaket kelabu tu.
Quote ifanonline 18-5-2022 03:12 PM
pyropura replied at 18-5-2022 02:00 PM
Dia bukan anggota polis atau staff balai, buat pe dress code bagai? Asal jangan pakai bikini atau  ...

ada etika pemakaian utk org awam
Quote AbukRokok 18-5-2022 04:51 PM
kam3n replied at 18-5-2022 02:31 PM
Tak ada lah seksi sangat pun kalau nak dibanding dengan pakaian artis² melayu moslem di tanah air ...

nampak bahu saja sudah tak tahan ka
Quote pyropura 19-5-2022 06:58 PM
ifanonline replied at 18-5-2022 03:12 PM
ada etika pemakaian utk org awam

Tak sepatutnya ada etika pakaian utk.customers. Aturan yg.bodoh yg.patut ditukar.
Quote ifanonline 19-5-2022 09:07 PM
pyropura replied at 19-5-2022 06:58 PM
Tak sepatutnya ada etika pakaian utk.customers. Aturan yg.bodoh yg.patut ditukar.

kita dtg rumah org pun penuh hormat dan beradab...apetah lagi masuk kawasan kerajaan, jabatan kerajaan dan tempat2 awam...

Quote sharlenetexas 19-5-2022 09:09 PM
pyropura replied at 19-5-2022 06:58 PM
Tak sepatutnya ada etika pakaian utk.customers. Aturan yg.bodoh yg.patut ditukar.


Gi DFP pun ada etika pemakaian. Tak ikut etika tak boleh masuk walaupun beli tiket paling mahal.




Quote pyropura 20-5-2022 04:24 PM
ifanonline replied at 19-5-2022 09:07 PM
kita dtg rumah org pun penuh hormat dan beradab...apetah lagi masuk kawasan kerajaan, jabatan kera ...

Pejabat kerajaan tu lah rumah kita semua sebagai rakyat. Duit kita seema yg.funding  tu. Ingat tu.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 05:42 PM GMT+8 , Processed in 0.108977 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top