Ramai yang geram bila melihat bayi atau kanak-kanak samapi rasa nak cubit dan cium. Namun golongan inilah yang mudah sekali terdedah kepada masalah kesihatan kerana antibodi mereka masih belum kuat seperti orang dewasa.
Tular di TikTok, seorang pengguna @efadina berkongsi inisiatifnya sendiri untuk mengelakkan anaknya dicium oleh orang lain. Dia bertindak menampal notis kecil di atas dahi bayinya. Katanya, sekiranya apa-apa berlaku kepada bayinya, hanya dia seorang yang akan menanggung payah untuk merawat anaknya itu.
"Kerana kalau bayi sakit, adakah yang mencium akan tolong jaga dan ubatkan berubat?" tulisnya. Taktik tersebut membuahkan hasil selepas orang luar yang geram melihat bayi berkenaan tidak lagi sesuka hati menyentuhnya tanpa keizinan. Kini dia lebih yakin untuk membawa anaknya itu bersiar-siar di luar. -CARI |
wirazam replied at 18-5-2022 08:25 AM
Indonesia ini kdg kala kreatif...
nirman replied at 18-5-2022 11:55 AM
Baby tak comel macam tu pun orang nak cium ke?
ADVERTISEMENT