CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tahan Sakit Dan Penat Selepas Bersalin, Wanita Mengaku Pernah Menyesal Ada Anak

18-5-2022 07:19 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1542| Komen: 4|Original author: Tatod

Gambar Hiasan


Setiap pasangan suami isteri pastinya mendambakan kehadiran cahaya mata sebagai pelengkap mahligai bahagia serta mengikat kukuh hubungan perkahwinan. Malahan, anak juga menjadi penyeri rumah tangga yang dibina.

Pun begitu, menjaga serta membesarkan anak tidaklah seindah seperti paparan dalam kebanyakan drama televisyen. Hakikatnya, ada suami isteri yang mengalami 'burn out' atas pelbagai faktor selepas menimang cahaya mata.

Apabila suami isteri menyambut kedatangan anggota keluarga baharu, kehidupan yang dulunya sudah pasti akan berubah. Tidak ada lagi tidur yang cukup malahan masa untuk 'lepak' bersama kawan-kawan juga semakin terhad.

Menerusi sebuah pendedahan yang dikongsikan semula oleh pengguna Twitter, wanita berkenaan mengakui suatu ketika dahulu ketika dirinya masih dalam fasa berpantang, timbul rasa menyesal kerana dia terpaksa menanggung sakit selepas melahirkan anak selain berjaga malam kerana anaknya yang kerap menangis dalam tempoh panjang tanpa mengira waktu.

Gambar Hiasan

"Dulu ketika masih dalam pantang, hari-hari nangis sebab sakit dan penat. Nak cakap menyesal, ada sikitlah dulu sebab diri sendiri macam tak sedia tapi dah suami nak anak, ikut je lah.

"Dulu tengah malam nangis, pagi nangis, Maghrib nangis sebab penat gila. Macam rindu dengan masa tidur dulu, rindu dengan badan dulu. Nak kemana-mana tak fikir sama ada boleh tak bawa baby ke situ," coretnya.

Bagaimanapun, segala perasaan yang dialami oleh wanita itu beransur-ansur hilang selepas lima bulan melahirkan zuriatnya. Malahan, dia kini sangat menyayangi anaknya hinggakan dia sanggup sakit asalkan bukan anaknya yang kurang sihat.

"Masa itu, letih penat mental sendiri tak rasa lagi nikmat sayang anak tu. Sekarang, alhamdulillah. Yang bakal jadi ibu bapa itu perlu bersedia mental," katanya.

Netizen yang turut merasai pergolakan sama menulis komen kata-kata semangat buat wanita berkenaan. Masing-masing berkongsi pengalaman ketika mereka pertama kali bergelar ibu dan menasihatinya agar sentiasa tabah dengan cabaran tersebut. - CARI









Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 18-5-2022 09:52 AM
Twitter is full of toxis people
Quote anony-mous 18-5-2022 02:01 PM
KamikuP replied at 18-5-2022 09:52 AM
Twitter is full of toxis people

Berbuih mulut i ckp twitter ni mmg toxic sgt2 tp warga twidtards ckp fb lg toxic. I tgk fb 50-50 lg, and ada yg terlebih baik sgt2 pulak. Tp twitter sgt la toxic
Quote KamikuP 18-5-2022 02:39 PM
anony-mous replied at 18-5-2022 06:01 AM
Berbuih mulut i ckp twitter ni mmg toxic sgt2 tp warga twidtards ckp fb lg toxic. I tgk fb 50-50 l ...

Twidder ciapan bbnu mcm taik semua. Meollss tengok vids pendek2 jahh kat twidder.. ekekek
Quote airmineral 19-5-2022 09:14 AM
iols tgk ayman rashdan wong tu je kt twitter
dgn bbrp lagi yg salu buat benang informative

bbnu pny rasa nak carut je sbb thread terpalingggg sampah

btw, masa pantang mmg paling penat. badan belum kuat tp kena breastfeed dsb

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.170781 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top