Jika ada sebarang masalah kemudahan di dalam asrama, pihak pengurusan asrama perlu mengambil tindakan segera jika ada masalah dari segi peralatan elektrik, kehilangan barang peribadi dan lain-lain. Petikan dari Vocket, baru-baru ini ada ciapan tular di media sosial Twitter yang menceritakan seorang abang yang kecewa dengan pihak universiti tempatan adiknya berdepan dengan detik cemas apabila kipas di dalam bilik asramanya terbakar di sebuah universiti tempatan. Difahamkan, adiknya telah memberitahu pihak pengurusan asrama tersebut sebanyak dua kali tentang maalah kipas berkenaan tetapi aduan itu tidak dilayan sehingga kebakaran itu berlaku. Tambahan pula selepas kejadian itu berlaku, adiknya dan rakan sebiliknya telah mendapat bilik baharu dan akan mendapat bayar ganti rugi oleh pihak universiti.
Menjengah di komen pula, ramai yang terkejut dengan pihak universiti yang tidak melayan isu yang dibangkitkan oleh palajar mereka dan risau jika ini bukan kali pertama isu yang berlaku di asrama universiti tersebut. -CARI |
ADVERTISEMENT