Walaupun tidak sehaluan, Azri Iskandar menegaskan dia dan Ellie Suriaty tidak bergaduh, malah mereka berpisah secara baik.
Berkata kepada Gempak, dia mengesahkan sudah menceraikan Ellie talak satu pada Selasa selepas 19 tahun melayari bahtera rumah tangga. "Ya betul... saya dah ceraikan Ellie dengan talak 1 tadi. Kami dah tak sehaluan.. tapi tidak bergaduh pun. "Kami tetap bersahabat baik seperti saudara kerana Ellie ialah ibu kepada dua orang cahaya mata kami," katanya. Pun begitu, Azri enggan mengulas lanjut mengenai perceraiannya itu dan memohon orang ramai mendoakan mereka.
"Maafkan saya sekarang, saya tak nak komen lagi. Tiada apa yang nak dikatakan lagi cuma doakan kami tenang dan damai sekarang. "Harap maklum dan mengerti.. saya nak berehat...nanti sampai waktu yang sesuai saya akan bercerita," tambahnya. Azri dan Ellie bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur (Keramat), Kuala Lumpur pada Selasa. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 18, dan Nur Azreen, 13, serta dua lagi yang meninggal dunia dalam kandungan. Semoga yang baik-baik sahaja buat pasangan ini. - CARI
|
mamajawie: Ramai doa acik porem termakbul ...
Mary_jane replied at 17-5-2022 06:31 PM
Sweet je gambar berdua tu.
Fly_over replied at 17-5-2022 10:36 PM
kan… iols harap deyols rujuk kembali
mamajawie replied at 17-5-2022 08:08 PM
Ramai doa acik porem termakbul nk tgok nek eli dgan tok azri bercereyy..tak gitu?
Btw, ksiannye ing ...
ADVERTISEMENT