CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kepala Parah Digigit- Nenek Maut Diserang Buaya Ketika Baiki Pam Air

17-5-2022 04:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1995| Komen: 9

Seorang wanita warga emas meninggal dunia akibat mengalami kecederaan parah selepas diserang buaya.

Dalam kejadian yang berlaku pada Ahad, mangsa yang berusia 66 tahun ketika itu sedang membaiki pam air di tepi sungai bersama cucunya di Sungai Bengkoka, Kampung Sinasak Batu Pitas, Kota Marudu.


Ketua Polis Daerah, Superintendan Zairolnizal Ishak berkata wanita itu pergi ke lokasi kejadian bersama cucunya yang berusia sembilan tahun, kira-kira pukul 10 pagi.


Gambar Hiasan

Beliau berkata, ketika sedang membaiki pam air, seekor buaya tiba-tiba menerkam mangsa.

"Cucu perempuan mangsa memberitahu polis bahawa dia terkejut apabila mendengar jeritan neneknya, diikuti dengan kocakan besar air sungai.

"Pada ketika itu dia melihat seekor buaya menyerang neneknya," katanya ketika dihubungi.

Zairolnizal berkata dengan bantuan penduduk kampung, mangsa berjaya menyelamatkan diri daripada reptilia berkenaan dan dikejarkan ke Hospital Pitas untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun katanya, wanita itu kemudian disahkan meninggal dunia pada pukul 1.20 tengah hari yang sama.

"Pegawai perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala akibat gigitan buaya," katanya.

Beliau berkata kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 17-5-2022 05:38 PM
Risiko berkerja di sungai banyak boya
Quote tripleid 17-5-2022 05:52 PM
Takziah.dlm animal kingdom daya gigitan buaya la yg plg power skali.jaws pun kalah..skali dia ngapp mmg takleh wat apa dh
Quote tumpanglalu74 17-5-2022 05:58 PM
Tak boley ke Perhilitan kawtim dengan Hermes buad kebun boye??
Quote sekngucing 17-5-2022 08:16 PM
tripleid replied at 17-5-2022 05:52 PM
Takziah.dlm animal kingdom daya gigitan buaya la yg plg power skali.jaws pun kalah..skali dia ngapp  ...

kenapa pawang bornero tidak buat perjanjian dgn buaya spt bomoh2 semenanjung?
Quote sambaldurian 17-5-2022 08:54 PM
buaya2 sabah sarawak ni ganas2, x bertoleransi. klu buaya2 semenanjung ni jrg dengar kacau org mcm 'nelayan udang galah ' , siap ada sesat jln2 atas jambatan org amek gambar la.
Quote tripleid 17-5-2022 09:45 PM
Edited by tripleid at 17-5-2022 10:19 PM
sekngucing replied at 17-5-2022 08:16 PM
kenapa pawang bornero tidak buat perjanjian dgn buaya spt bomoh2 semenanjung?


kalo betul mmg wujud pjanjian,soalnya knp pwg boya srwak x buat je pjanjian tu skrg..ke dateline agreement dah tamat ke guane?siyes nk tau.
Quote sekngucing 18-5-2022 12:02 AM
tripleid replied at 17-5-2022 09:45 PM
kalo betul mmg wujud pjanjian,soalnya knp pwg boya srwak x buat je pjanjian tu skrg..ke dateline a ...

rasanya salah satu pihak (obviously manusia) langgar perjanjian
Quote Carcosa 18-5-2022 12:25 AM
Siannye cucu dia....
Baru umur 10 tahun, and nampak kejadian depan mata.. Huhuuu... Tabah ye dik... Adoi laaa
Quote Tinot7 18-5-2022 02:13 AM
Takziah kpd keluarga..

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:18 PM GMT+8 , Processed in 0.087663 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top