CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Mungkin Saya Ada Kacukan Cina"- Muka 'Sebijik', Elon Musk Ada Kembar Di China

17-5-2022 04:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1831| Komen: 13

Beijing: Elon Musk berhasrat untuk bertemu 'kembarnya' yang juga seorang pempengaruh media sosial di China.

Bilionair Amerika Syarikat itu mahu bertemu Yilong Ma yang wajahnya dikatakan mirip Musk.


Foto: Tiktok

Persamaan wajah dengan Musk menyebabkan Ma yang berasal dari wilayah Hebi di utara China kini menjadi terkenal.

Ma menarik perhatian Musk selepas video berdiri bersebelahan sebuah kereta tular di media sosial, hujung tahun lalu.

"Mungkin saya ada kacukan Cina," gurau Musk menerusi Twitter pada Disember tahun lalu.





Musk berkata, beliau mahu bertemu dengan lelaki itu jika memang wajah mereka mempunyai banyak persamaan.

"Sukar untuk mengatakan wajah ini mempunyai persamaan disebabkan deepfake yang boleh dibuat pada masa kini," katanya menerusi Twitter pada Isnin, lalu.

Sehari kemudian, Ma membalas ciapan Musk itu menerusi Weibo dengan menyatakan hasrat yang sama untuk bertemu pemilik Tesla itu.

"Saya di sini dan mahu bertemu kamu juga. Saya sayangkan kamu. Kamu hero saya," katanya.

Yilong Ma mungkin nama samaran lelaki itu kerana nama diberikannya, Yilong ialah sebutan Mandarin untuk Elon.



Watak lelaki cina yang dilakonkan Ma juga seakan dengan karektor Musk.

Ma mempunyai 229,000 pengikut di TikTok dan sering berkongsi videonya yang melakonkan watak seperti Musk yang dianggap sebagai abangnya.

Lelaki itu membuka akaun Weibo bulan lalu sering berkongsi video dan memperkenalkan dirinya dalam bahasa Inggeris, "Hai semua, saya Yilong Ma".

Satu video yang dimuat naik bukan ini menunjukkan Ma menari bersebelahan dengan sebuah Tesla. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 17-5-2022 05:43 PM
Sekali imbas nampak sama dua kali imbas ada berbeza
Quote tumpanglalu74 17-5-2022 06:07 PM
Edited by tumpanglalu74 at 17-5-2022 06:43 PM

Mampos la pehni Elon Musk pegi kensel segale maknenek akaun online dia yang pake facial recognition..

Yang banking jangan lupe.

Anyway antare banyak2 komen kat Tiktok ini paling lawak:

IMG_20220517_182011.jpg
[tiktok]7085912904901414190[/tiktok]
https://vm.tiktok.com/ZSdxWbtT4

Quote supernaturalee 17-5-2022 06:20 PM
Cute jgk
Tp sekali bkk mulut, sesuai msk raja lawak
Quote ninja9 17-5-2022 06:44 PM
kemarin aku jumpa live youtube yang tajuknya adalah pendapat elon musk tentang bitcoin. ada beberapa panel jugak dalam tu.... tetapi yang peliknya ada tulisan iaitu tawaran untuk diberikan bitcoin. .. tegezut jugalah tetapi too good to be true, lepas itu keluar lagi tawaran lain berbentuk pelaburan dengan keuntungan sekali ganda bagi setiap pelaburan... masa itu aku dah confirm dah itu scammer! ahahah



Quote Soskill2Love 17-5-2022 09:03 PM
LOL, Elon Musk's Doppelganger
Quote tripleid 17-5-2022 09:49 PM
Elon asal south afrika..bukanya kokosen asli pun
Quote sharlenetexas 17-5-2022 09:53 PM
Elon versi indon takde ke? Wak elon joko.


Quote AbukRokok 17-5-2022 10:11 PM
yee long mask
Quote Jajuli 18-5-2022 09:08 AM
Memang dari mula aku Tenggok muka Elon muak tak MCM omputih sgt , MCM juga Kirk hammet Metallica nama MCM omputih rupanya ada darah pinoy
Quote ninnamina 18-5-2022 09:45 AM
awal2 ok la, nanti lelama annoying..
jadi mcm vin diesel tu ha tak habis2 org dok tag dia kat mamat vietnam kot yg muka sama mcm dia tu
Quote rospinki 18-5-2022 09:54 AM
wak joko : welcome to indonesai mas elon (bahasa pengantar indon mas - encik)
mask elon: my name elon mask pak joko
Quote plasterhati 18-5-2022 10:02 AM
Ni elon mask ni..
Quote Decaffeinated 18-5-2022 12:36 PM
memang pun elon musk ni muka cina di mata ku.

macam aku gak melayu muka cina sampai cina sendiri pun tertipu, tapi melayu kata aku muka melayu. Tah lah


Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.089156 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top