Baru-baru ini di laman media sosial Facebook ada gambar anggota polis mengorek dan membersihkan longkang ketika banjir kilat di salah satu kawasan di Kulai, Johor. Memetik dari Majoriti, kejadian itu berlaku pada minggu lalu dan anggota polis tersebut mengorek longkang itu untuk mengeluarkan sisa atau bahan yang menghalang air hujan mengalir di dalam longkang, tetapi anggota polis itu juga mendapati beberapa keping nombor plat kenderaan di dalam longkang itu. Loading FB Post...
Difahamkan, ramai netizen persoalkan apabila kerja-kerja mengorek longkang tidak dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT), ramai yang menganggap kerja-kerja seperti mengorek longkang itu bukan kerja anggota polis dan netizen menganggap Majlis Perbandaran Kulai masih lagi bercuti raya. Tambahan pula, ramai netizen memuji anggota polis kerana melakukan tugas itu dan berharap PBT melakukan tugas mereka selepas ini. -CARI |
ADVERTISEMENT