CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Pernah Declare Pun, Wani Kayrie Pelik Afieq Shazwan Dedah Kisah Putus Cinta

17-5-2022 04:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4820| Komen: 30

"Saya hormati Afieq dan kalau apa pun pendedahan yang dia (Afieq) buat pasti ada sebab sendiri.  Saya pun tak tahu niat dia untuk berbuat demikan," kata penyanyi dan pelakon, Wani Kayrie, 22, berhubung kisah percintaannya dengan Afieq Shazwan yang putus di tengah jalan.


Baru-baru ini, Afieq, 25, juga penyanyi, pelakon dan pengacara mendedahkan dia kini menutup pintu hatinya untuk bercinta selepas 'kecewa' apabila hubungan istimewa dijalin dengan Wani menemui titik noktah.


Foto: IG

Wani dihubungi berkata 'persahabatan rapat' dijalin mereka  itu turut diketahui ibu bapa masing-masing sebab dah kenal sejak dari kecil sehinggalah terpilih menyertai Big Stage 2018.


Katanya, mereka memang sudah berjumpa keluarga.



"Kami berdua pun dah semakin matang dan segala kepercayaan diberikan keluarga kepada kami, termasuk jika ada masalah dalam hubungan pandai-pandai selesaikan. Jadi, kami berdua dah jujur serta bersetuju tidak boleh beri komitmen 100 peratus dalam perhubungan sekiranya bercinta bersama.

"Sebabnya, kami berdua kini masing-masing sibuk kejar kerjaya, nak cari duit bagi menyara keluarga. Oleh itu, kalau nak fokus hubungan cinta sekarang mungkin tidak lagi tapi, cukuplah bersahabat baik saja," katanya kepada Harian Metro.



Mengakui sukar untuk dia memberi komen lanjut berkenaan kisah putus cinta itu, ujar pelakon drama 3 Nota Cinta di TV3 ini, mereka juga sebelum ini tidak pernah 'declare' apa-apa berkaitan hubungan dijalin secara umum.

"Nak komen selebihnya pun, saya taknak menyalahkan dan mengguris hati mana-mana pihak, sebab saya kena hormati pihak keluarga kami berdua. 

"Apapun, hubungan saya dan dia (Afieq) alhamdulillah hingga kini masih baik. Saya okey saja dengan dia dan semuanya tetap okey," katanya.




Sebelum ini, hubungan rapat yang dilabel 'teman tapi mesra' di antara Afieq dan Wani memang terjalin apabila mereka menyertai Big Stage musim pertama pada 2018 lalu. 

Bermula dari situ, kedua-duanya umpama belangkas termasuk Afieq juga pernah menjadi model muzik video lagu Magika nyanyian Wani pada 2019. Begitu juga, mereka berganding menjadi pengacara di Didik TV. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miszclassique 17-5-2022 06:20 PM
Yelah pompuan...Kau pun melayan bagai nak rak pastu difriendzoned nyer jantan2 tu ala ala kau la yang paling hot sekali... semua suka kau kannnnn
Quote Normabaru 17-5-2022 06:46 PM
Muka sabahan sgt
Quote cicicumel 17-5-2022 06:52 PM
Muka Borneo level paling basic. Tp she bkn Borneo kan?
Quote lyshafull 17-5-2022 07:17 PM
Pick me girl ?

Ade beza kalo x declared - melayan smpai jumpa family pun sama je - please la kalo xnak create border line bukan melayan x sudah
Quote Fazzbulous 17-5-2022 07:30 PM
slalu set2 mcmni jenis psg ramai..huhuhuhu...acah2 hot stuff la ni..end up nnti dgn org biashe2..muahahahhaah...girl,jgn mainkan perasaan org...kalau tak suka,bgtau trus..tak payah nak main trik tali..huhuhuhu..nnti u kena cash lg truk..
Quote cahaya_almas 17-5-2022 07:31 PM
Suka afiq..suara best jgk..
Quote pencintaABC 17-5-2022 07:33 PM
Sesendu alam no one care la clash ke couple ke kawin ke beranak ke bercerai ke. Lebih basic drp migha basic. The epitome of basic.
Quote AshkieLa 18-5-2022 09:16 AM
jangan main2kan orang.
rilek2 bukan bagi hope kulu kilir sesama dedua hujung2 anda terlalu baik untuk saya.
kang esok2 kifarah kejar ko plak.. mereput. Pempuan dahla ade Guna Sebelum...
Quote SherryZass 18-5-2022 09:29 AM
basic sangat muka kau dek. tu jelah nak komen
Quote deebiz14 18-5-2022 09:30 AM
Citer dak2 ni da lamer basi kaaan? Awat nak up lagik.
Quote laksmanabentan 18-5-2022 09:33 AM
budget dia la yang paling hot ekkkk...
nama pun tak glamour...
hahahahahaa.....

sesendu di aidilfitri la dekkkk....
sendu sgt.... ibarat di bubuk tepi sawah gitu...
Quote miemiecha 18-5-2022 09:35 AM
wani keri ni yg mana pulok...
ramainya wani dlm industri muzik nih...
Quote senduhazab 18-5-2022 09:40 AM
euwwwww
bajet hot sangat la ni
blah je la afiq. pompuan ni dah la tak lawa, tak popular pun
sah2 ko tu ada la rupa & femes dari pompuan ni
Quote auntyonion 18-5-2022 09:45 AM
Afieq ni serba boleh..hope luas lg rezeki dia..lupakan jela pompuan yg terlampau basic ni
Quote wanokakaka 18-5-2022 09:56 AM
cari lain jela dik.. perempuan ni acah jela dh kau rapat2 bagi hope kat laki tu patu acah2 kami x declare.
ni kulu kilir sama2 kalau tak nak awal2 tu ckp
Quote prizadane 18-5-2022 10:11 AM
Walaupun aku tak suka both afieq or waniey ni, tapi motif kau friendzone kan budak tu dah kenapa? Kau yang mainkan hati dia… poodahh!

Takpe Afieq, awak deserve perempuan lagi baik. Awak tu at least berupa juga nak compare dengan waniey ni. Anak orang kaya jugak n budak baik. Lupakan je perempuan acah acah hot ni
Quote pembacagosip 18-5-2022 10:12 AM
yela dik, jgn bajet fefeling ko hot cantik sgt tau, x baik
Quote nawtylulu 18-5-2022 10:46 AM
xnak sudahhhh..
Quote bulalof 18-5-2022 10:55 AM
nak salahkan jantan gaakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.062163 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top