Mesti ramai pembaca mengenali Adam’s Autism Family kan? Untuk pengetahuan semua, keluarga Adam sering mendapat perhatian ramai kerana mereka sangat teliti dalam mengawal 'tantrum' Adam iaitu anak kedua dari empat beradik yang di diagnos dengan sindrom autisme. Ramai ibu bapa yang menjadikan keluarga ini sebagai inspirasi mereka. Baru-baru ini, satu video baru mengenai Adam telah dimuat naik di akaun TikTok @adamsautismfamily. Menerusi video itu, kelihatan gelagat Adam sedang menari 'Rain Dance' kerana tidak mahu menaiki kereta.
Walaupun Adam enggan menaiki kereta, kelihatan bapanya sangat sabar melayan Adam dengan menari dan menyanyi bersama-sama sebagai cara untuk memujuknya menaiki kereta. Tindakan bapanya itu dipuji ramai kerana tidak memilih untuk menggunakan kekasaran ketika memujuk Adam. Bukan itu sahaja, lagu yang dinyanyikan Adam juga menyebabkan ramai netizen berkata lagu itu terngiang-ngiang di telinga mereka selepas beberapa kali memainkan video itu. Oleh disebabkan ramai yang menyukai nyanyian Adam, salah seorang pengikut Adam's Autism Family di Instagram menukar potongan muzik yang bertajuk De Da Da Song kepada suara milik Adam dan rata-rata peminat mereka menyukai remix yang dibuat. Untuk pengetahuan semua, Adam Wan Mun Yu kini berusia 20 tahun. Dia merupakan penghidap autisme sejak kecil. Sebelum ini, berita mengenai keluarga Adam pernah menjadi viral kerana mereka terpaksa berpindah rumah kerana tuan rumah tidak memperbaharui kontrak rumah sewa mereka. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap ayahnya yang sangat bersabar dan tidak bertindak kasar terhadap Adam. Ramai juga netizen yang memuji lagu yang dinyanyikan oleh Adam. |
ADVERTISEMENT