CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berpuluh Mati Rusia Guna Anak Panah Kecil Di Ukraine

17-5-2022 03:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 955| Komen: 0

Rusia menggunakan 'anak-anak panah kecil' berupa logam-logam tajam dan digunakan bersama peluru yang ditembak kereta kebal atau digugurkan dari pesawat udara dalam Perang Ukraine.



'Anak-anak panah kecil' digunakan oleh tentera Rusia di Ukraine. - Foto Agensi

Pendedahan itu dibuat selepas pakar forensik mengesahkan pada lewat bulan lalu bahawa 'flechettes' atau anak-anak panah kecil digunakan ke atas penduduk di bandar Bucha di negara tersebut menyebabkan berpuluh-puluh kematian.

Ia juga ditemui seorang penduduk di Irpin apabila beliau menemui banyak anak-anak panah kecil itu di sekitar kawasan perumahannya baru-baru ini.


Pakar senjata bebas yang meneliti gambar anak-anak panah logam ditemui dalam mayat-mayat penduduk di Bucha mengesahkan bahawa ia adalah senjata tersebut.


Kredit foto: Alex Horton/The Washington Post

Amerika Syarikat (AS) telah menggunakannya semasa Perang Vietnam dan Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuduh tentera Israel menggunakannya terhadap orang awam pada tahun 2010 di Gaza, menurut laporan Jabatan Negara AS.

Bagaimanapun, ia jarang digunakan dalam peperangan moden dan penggunaannya tidak diharamkan.

Namun, penggunaannya di kawasan awam adalah dilarang di bawah undang-undang kemanusiaan kerana ia boleh menyebabkan kerosakan teruk apabila ia boleh menembusi badan dan membawa maut.


Sumber: Sinar Harian




Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 07:01 PM GMT+8 , Processed in 0.092643 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top