CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hanya Kerana Minat Anime, Bapa Namakan Anak Naruto Uzumaki Namikaze

17-5-2022 04:02 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 1477| Komen: 16|Original author: Cinta Erina

Sumber: World Of Buzz


Baru-baru ini, menerusi portal World Of Buzz, tular kisah di negara Filipina mengenai seorang kanak-kanak yang dilahirkan dengan nama Naruto. 

Berita mengenai keunikkan nama kanak-kanak ini juga dimuat naik Facebook One Mindanao iaitu akaun rasmi program TV di Filipina.  


" data-width="500">Loading FB Post...


Menurut laporan, kanak-kanak yang dinamakan Naruto ini dilahirkan pada 13 Jun 2020. Bapanya iaitu Jamesey Maribojo memberitahu bahawa dia sangat meminati animasi popular Jepun Naruto Shippuden. 

Pada mulanya, dia hanya menamakan anaknya Naruto. Namun, dia kemudian menukar fikiran untuk menambah nama anaknya kepada Naruto Uzumaki Namikaze yang diambil dari nama bapa dan ibu watak Naruto. Sempoi betul, dah macam Naruto versi manusia.

Sumber: World Of Buzz

Hal ini kerana, dia berasa tidak berpuas hati dan berasa tidak lengkap sekiranya tidak ditambah nama Uzumaki dan Namikaze. 

Berita mengenai nama kanak-kanak ini membuatkan ramai warga Filipina terhibur. Ada juga peminat animasi Naruto ini mengatakan bahawa satu hari nanti kanak-kanak itu boleh menjadi Hokage iaitu pelindung di Davao City (Bandar di Filipina). 

Namun, ada juga netizen yang menyatakan rasa bimbang mereka terhadap nasib Naruto kerana risau dia akan dibuli atau dipulaukan kerana namanya satu hari nanti. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote plywood 17-5-2022 04:18 PM
Namun, ada juga netizen yang menyatakan rasa bimbang mereka terhadap nasib Naruto kerana risau dia akan dibuli atau dipulaukan kerana namanya satu hari nanti


Naruto dibuli dan dipulau semasa kecil. Kira dibimbangi nasibnya serupa kot... btw siapa yang belum tengok naruto bolehlah tengok siri 1 ada 220 episod lepas itu siri 2 ada 500 lebih episod kot..
Quote plywood 17-5-2022 04:18 PM
Namun, ada juga netizen yang menyatakan rasa bimbang mereka terhadap nasib Naruto kerana risau dia akan dibuli atau dipulaukan kerana namanya satu hari nanti


Naruto dibuli dan dipulau semasa kecil. Kira dibimbangi nasibnya serupa kot... btw siapa yang belum tengok naruto bolehlah tengok siri 1 ada 220 episod lepas itu siri 2 ada 500 lebih episod kot..
Quote Artemesiaa 17-5-2022 04:29 PM
Yang kenal kartun tu je tahu kalau yang tak pernah menontonnya pasti tak rasa pelik ke apa, anggap antara nama agak jarang diguna atau didengar
Quote gekkou 17-5-2022 05:07 PM
okay aku suka
sbb aku pun minat naruto
nnt cucu boleh letak nama boruto plak
Quote Firenzza 17-5-2022 05:27 PM
Sib baik x bg nama kamikaze miazaki bukake
Quote musangbodoh 17-5-2022 11:05 PM
hinata odw............
Quote Rogue98 17-5-2022 11:30 PM
Doraemon kan senang...
Quote scorpionkiki 18-5-2022 12:18 AM
I suka sangat tengok series Naruto...especially masa dia kecik2..kenakalan dia cute sangat.
Quote sekngucing 18-5-2022 12:21 AM
plywood replied at 17-5-2022 04:18 PM
Naruto dibuli dan dipulau semasa kecil. Kira dibimbangi nasibnya serupa kot... btw siapa yang belu ...

I hanya baca manga..manga canon
Manga> Anime
Quote dua_chzy 19-5-2022 01:07 AM
Ok ja. Nama anak pompuan sulung bff ai, Nico Robin. Sapa tau, tau la asalnya dari mana.
Quote pooh~key 19-5-2022 01:37 AM
Apa akak boleh buat dengan burita ni ya dekkk? Nak ucap tahniah akak taknak, nak ucap takziah pun akak taknak dekkkk…. Whateverlah dek.
Quote takayama 19-5-2022 04:18 AM
cam nama kwn kaka lah mak dia namakan dia Laura sbb mak dia minat sgt cerita Little House on The Prairie
Quote faraway1 19-5-2022 05:52 AM
Cam my daughter nama imani sebab tahun 90 an my husband dengar lagu penyanyi imani coppola, terus kata satu hari kelak jika dia ada anak pompuan, dia nak kasi nama imani..

Quote Tinot7 19-5-2022 07:13 AM
Comey anak dia.. tak kena pulau kott.. comey..
Quote mdhelmi 19-5-2022 08:43 AM
nama naruto ada uzumaki sebab follow clan ibunya kushina uzumaki
hinata clan hyuga tapi join clan uzumaki lepas shinobi WW, jadi anak naruto jadi boruto uzumaki
kalau ikut clan asal namanya akan jadi boruto hyuga

terover exited plak
Quote orkid_amani 19-5-2022 08:50 AM
Masa aii jadi CS ada sorg mak ni register ank dia..nama Keisya Nazuna..katanya dia suka anime.. aii tgk ank dia comel tapi syg tang mata sepet mcm jepun

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.117121 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top