CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Dapat Pingat, Apartment Lepas Gadai Nyawa Selamatkan Budak Dari Jatuh Bangunan

17-5-2022 02:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1063| Komen: 6

Seorang lelaki sanggup menggadaikan nyawanya demi menyelamatkan kanak-kanak yang tergantung dan berpaut pada tingkap sebuah bangunan di Kazakhstan.


Ketika kejadian, lelaki berkanaan, Sabit Shontakbaev sedang berjalan bersama seorang rakannya sebelum ternampak mangsa yang hampir terjatuh dari tingkat lapan sebuah bangunan.

Tanpa melengahkan masa, dia meluru masuk ke dalam bangunan berkenaan dan memanjat keluar dari tingkap untuk mendapatkan kanak-kanak tersebut, lapor India.com.


Kredit foto: Twitter

Aksi mencemaskan ketika Sabit cuba menyelamatkan kanak-kanak itu dirakam orang awam dan video itu menjadi tular selepas dikongsikan di laman Twitter @goodnews_movement.


Dilaporkan, kanak-kanak tersebut memanjat keluar tingkap menggunakan kusyen dan mainan ketika ketiadaan ibunya.

"Saya tidak mempunyai tali keselamatan, jadi kawan saya memegang kaki saya. Masa tu saya tak fikir apa-apa, cuma nak tolong kanak-kanak itu," kata Sabit.



Tindakan berani Sabit mendapat pengiktirafan di mana dia dikurniakan pingat oleh kerajaan.


Sabit Shontakbaev dikurniakan pingat atas keberaniannya menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak yang hampir terjatuh dari sebuah bangunan.

Media tempatan melaporkan bapa kepada empat cahaya mata itu turut dihadiahkan sebuah apartmen tiga bilik tidur dan sebuah televisyen. 


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mejaputih 17-5-2022 03:00 PM
ni betul2 wira ni mmg patut dia dpt semua tu..betul2 berani...dan kwn dia pun patut dpt sebahagian dari anugerah tu sbb make sure dia tak jatuh...
Quote annadonna 17-5-2022 03:03 PM
Selayaknya. Baru namanya bergadai nyawa. Kalau dia jatuh tu free free je mati.
Quote Artemesiaa 17-5-2022 03:03 PM
Di baru betul rezeki jatuh keriba tak sia2 hulurkan pertolongan
Quote Nham22 17-5-2022 03:03 PM
Ingat die pecahkan tingkap tu.. Rupernye tak.. Brani betol... Tawakal ja die...
Quote she 17-5-2022 03:07 PM
Berani

Tabik spring dunlop
Masa dia tarik kaki budak tu
Macik ngeri takut dedua tergolek ke bawah
Cekap dia imbang badan

Bravo
Quote Burong_Hantuk 17-5-2022 03:41 PM
wah....good job

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 05:53 PM GMT+8 , Processed in 0.238202 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top