CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Individu Misteri Sorok Wang Tunai Di Seluruh Bandar, Minta Penduduk Cari Dan Ambil

17-5-2022 11:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 963| Komen: 3

OTTAWA: Penduduk di Miramichi, Kanada tertarik dengan satu permainan misteri selepas mendapati seorang individu yang tidak dikenali menyembunyikan sejumlah wang tunai di seluruh bandar itu.    


Penduduk tempatan turun ke jalanan untuk mengikut petunjuk diberikan dengan harapan dapat mencari wang yang disembunyikan di beberapa lokasi di seluruh metropolis Miramichi. 

Memetik laporan Mirror, petunjuk tersebut disiarkan pada halaman kumpulan Miramichi Mystery Machine di Facebook. 

Foto: FB

“Petunjuk itu sudah membawa penduduk ke beberapa tempat seperti kawasan hutan dan ladang untuk mencari wang tunai sebanyak 60 pound (RM323) dan 50 pound (RM161).  


“Tiada siapa tahu individu di sebalik permainan itu, namun ia tidak menghalang orang ramai tertarik dengan misteri pencarian wang tunai,” jelas laporan itu.   

Misteri pencarian wang itu bermula awal bulan ini selepas satu petunjuk dimuat naik pada platform media sosial tersebut.

Petunjuk itu tertera `1 Mei, pukul 7 malam, wang sejumlah 60 pound (RM323) disembunyikan di Ritchie Wharf.           

Puluhan orang tiba di lokasi dinyatakan dan wang tersebut berjaya ditemukan dalam masa beberapa jam.

Sejak itu, ratusan orang mengambil bahagian dan petunjuk baharu dimuat naik dalam platform itu hampir setiap hari. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 17-5-2022 04:01 PM
takotnya kalau dapat duit nnti mati pulak. macam dalam pilem2 tu gitulah
Quote plywood 17-5-2022 04:03 PM
bestlah gini sekali sekala ada misteri dalam kehidupan.. bolehlah enjoy sedikit dari terus-terusan pening memikirkan masalah hidup
Quote Artemesiaa 17-5-2022 05:39 PM
Bukan kat tanahair pun ada yang buat macam tu ke

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:15 PM GMT+8 , Processed in 0.068577 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top