CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Orientasi Pelik Dalam Gelap Sebelum Dibuli

17-5-2022 09:22 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3175| Komen: 16

Tradisi orientasi 'pelik' apabila pelajar tingkatan dua dikumpulkan dalam keadaan gelap sebelum dibuli dan dipukul.


Itu situasi dialami 75 pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah agama di sini, yang mendakwa cedera dipukul pelajar senior sekitar jam 11 malam pada Sabtu lalu.


Salah seorang bapa mangsa, Noor Azmi Mohd Nor, 44, mendakwa anaknya, Akmal Danish, 14, mengalami kecederaan pada kaki kanan dengan betis manakala badannya terdapat kesan akibat ditendang.


Dia berkata, anaknya mengalami kesesakan nafas dan berkeadaan separuh sedar selepas dipukul.


"Terdapat kesan lebam pada betis dipercayai dipukul menggunakan objek keras. Saya bawa anak ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar dan menghantarnya semula ke sekolah.


"Ini kali pertama berlaku terhadap anak saya, namun saya dapat tahu kes seperti ini pernah beberapa kali berlaku sebelum ini namun tidak didedahkan.


"Saya musykil aktiviti itu dilakukan pelajar senior dan pihak pengurusan khususnya Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) seolah-olah tidak mengambil berat," katanya semalam.



NOOR Azmi (tengah) dan Ahmad Fauzi menunjukkan laporan polis dan gambar kesan kecederaan anak mereka.


Seorang lagi bapa pelajar Ahmad Fauzi Md Sood, 50, berkata anaknya, Ahmad Aqil Zafran, 14, turut menjadi mangsa buli pelajar senior sekolah berkenaan.


Beliau mendakwa anaknya dilibas dengan batang besi dan batang penyapu dalam kejadian itu.


"Saya mengambil tindakan membuat laporan polis mengenai kejadian itu. Saya difahamkan seramai 20 pelajar tingkatan empat melakukan aktiviti orientasi itu terhadap 75 pelajar tingkatan dua dan ia berlaku dalam keadaan gelap di asrama.


"Dalam gelap macam-macam boleh berlaku kecederaan di mata, kepala dan sebagainya. Saya ambil tindakan ini bukan untuk memburukkan nama sekolah, tetapi demi kepentingan pelajar lain keseluruhannya," katanya.


Ahmad Fauzi berkata, anaknya menjadi trauma dengan kejadian itu dan berdepan keadaan sukar kerana akan menghadapi peperiksaan pada esok.




Ahmad Fauzi Md Sood menunjukkan gambar kesan kecederaan pada sidang media ibu bapa kepada pelajar yang menjadi mangsa buli Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.


Sementara itu wakil ibu bapa, As'ad Inderas, 47, berkata, sekurang-kurangnya tujuh pelajar lelaki tingkatan dua mengalami kecederaan dan trauma selepas mendakwa dibuli dan dipukul pelajar senior tingkatan empat sekolah sama.


Dia memberitahu pihaknya dimaklumkan sekumpulan pelajar tingkatan empat bertindak mengumpulkan pelajar tingkatan dua untuk menjalani aktiviti orientasi pada malam kejadian.


"Ketika aktiviti itu dijalankan, pelajar tingkatan dua dipukul dan didera dengan menggunakan objek tumpul serta terdapat kalangan mereka yang cedera dengan tahap kecederaan berbeza.


"Namun apa dikesalkan adalah pihak pengurusan sekolah tidak memaklumkan secepat mungkin kepada ibu bapa mengenai kejadian itu.


"Ibu bapa pula mendapat tahu kejadian itu melalui anak masing-masing manakala pihak sekolah hanya memaklumkan kepada kami petang Sabtu lalu," katanya pada sidang media di Labu di sini, semalam.


As'ad berkata, pihak sekolah merancang untuk bertemu ibu bapa pelajar pada petang semalam namun dibatalkan selepas ibu bapa membuat laporan polis mengenai insiden berkenaan.



Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tikusmontok 17-5-2022 09:41 AM
Agama apa yg ko belajar syaitoooonñ?
Quote tricomonas 17-5-2022 09:49 AM
gerenti pas ni ada yang kena liwat..biasalah sekolah agama kan?
Quote dani-rox 17-5-2022 09:51 AM
aktiviti orientasi ni patut diharamkan terus drpd mana2 sekolah dan institusi akademik. sebut namanya pun jangan. entah apa matlamat yg cuba dicapai dgn buat students didera secara fizikal dan mental entah. jd alasan budak2 yg ada sadistic tendencies tunjuk samseng ada la.
Quote mejaputih 17-5-2022 10:12 AM
smap labu pun ada buli2 dera2 ke? adehhh... org yg membuli tu ingat2 la parents korang...malu parents korang anak2 kena buang sbb kes buli...sbb nak masuk smap labu bukan sng dekkk...mesti parents pun bangga...tup2 kena kick...
Quote Decaffeinated 17-5-2022 10:12 AM
macam sama dgn thread pyro semalam
Quote kotakominami 17-5-2022 10:22 AM
Semoga semua kaki buli mandul....supaya baka mereka tidak membiak
Quote ledigugu 17-5-2022 11:19 AM
Benci betul asrama nak buli2 junior ni. Iols dulu tgh2 tido kena kejut dgn senior suruh pergi surau pastu dok brainwash ingat mak bapak dlm gelap2 awal pagi dah ler esoknya sekolah. Nangis2 malam2 tu esok gi sekolah mata bengkak. Harapnya anak2 senior tu serba menjadi lah kan sebab dok takut2kan anak org mcm lah dh guarantee anak sendiri serba baik semuanya.
Quote buragazz 17-5-2022 02:33 PM
Dari dulu dah ada cuma takde medium untuk di viralkan..
Quote angelofish 17-5-2022 02:40 PM
nasib baik lubang bontot masih selamat
Quote tripleid 17-5-2022 03:08 PM
Dak2 SMA ni kena blaja subjek pend.moral kot baru jadi org..india,cina ada ke kes buli teruk2 mcm mlayu
Quote dua_chzy 19-5-2022 01:13 AM
dani-rox replied at 17-5-2022 01:51 AM
aktiviti orientasi ni patut diharamkan terus drpd mana2 sekolah dan institusi akademik. sebut namany ...

Orientasi sebenar mana hada pukul2 anak orang, buli2 anak orang sis...Sekadar sekolah buat program ceramah pengenalan/pendedahan pada sekolah, subjek, etc dan aktiviti team building saja sepatutnya. Tapi celaka mana ntah yang bawa budaya buli @ ragging dalam asrama ini. Masa Form 1 pun aiol dan kengkawan asrama pernah kena buli lite2 oleh seniors Form 5 to lower and upper 6. Tapi zaman tu weols tatau itu buli @ mental abuse, weols hadapkan aje.
Quote pooh~key 19-5-2022 01:33 AM
Hantar mereka pergi syria dekkk…. We dont need them here in malaysia sebegitu sis!
Quote ladybugz 19-5-2022 05:57 AM
ni yg nampak ye. another type of bully yg payah nak ambik tindakan adalah buli mental n emosi yg mostly berlaku dikalangan pelajar perempuan. sampai ada junior terpaksa ketuk pintu warden malam2 n mintak tido ngan warden. ni diskolah ternama asrama penuh. mulut pelajar perempuan ni sgt toxic ye kalau dah membuli. boleh jd suicidal. kalau anak x hati kental dan mmg jenis pendiam i suggest takyahla letak anak kat asrama ye. x kirela ternama mcmana pun skolah tu. parents kena alert yg anak tu sesuai x duk di skolah berasrama penuh. x semuanya sesuai walaupun result cemerlang. budak2 skrg punya jahat nakal tu bukan mcm dulu2 ye. sgt2 berbeza.
Quote bulalof 19-5-2022 08:29 AM
kaki buli ni semua samseng taik kucing. duduk sorang2 terkulat2. ramai2 beranilah. bodoh.
Quote Tinot7 20-5-2022 10:58 PM
ledigugu replied at 17-5-2022 11:19 AM
Benci betul asrama nak buli2 junior ni. Iols dulu tgh2 tido kena kejut dgn senior suruh pergi surau  ...

seniors iols suka wat 'kuliah subuh'.. iols ingat pi 2 kali jahh.. pastu takde lagi.. beberapa tahun lepas, terserempak dgn budak sama maktab, dok sama wing.. dia paling mencik seniors dan kuliah subuh deme.. rupa2nya setiap minggu ada tapi iols dan rumet iols selalu terlepas.. so iols takde la memori hitam psl tuh..
kalau deme soh beringat psl mak pak dlm gelap tuh, kalau jenis slalu ingkar kata mak pak, mmg la terasa mcm diri jahat sgt.. tapi iols jenis budak baik tak pernah ingkar, so mmg tak menjadi la dgn iols.. iols tak tau apa jadi kat semua seniors yg wat keje tuh..
Quote orion_pax 21-5-2022 09:20 AM
Macam dajjal je perangai..orientasi konon..puiiii

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 02:01 PM GMT+8 , Processed in 0.053133 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top