CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guru Tak Ambil Cuti, Terus Mengajar Di Hari Perkahwinan Sendiri

17-5-2022 07:39 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1069| Komen: 7

Seorang guru di India mengambil keputusan untuk tidak bercuti semasa hari perkahwinannya dan terus mengajar semasa majlis berlangsung, lapor laman Gulf News, kelmarin.


Priye Kumar Gaurav, yang merupakan pemegang rekod dunia dalam mengajar kebanyakan pelajar secara online terus menjalankan tanggungjawab sebagai guru dengan membuat siaran langsung menerusi laman ‘Shiksha Rath’.


Priye terus mengajar anak muridnya secara online pada pagi majlis perkahwinannya. - DNA India

“Dia telah memaklumkan mengenai tarikh perkahwinannya sekitar lima bulan lalu.

“Biasanya, cuti selama empat ke lima hari diberikan, tetapi Priye berkata dia tidak mahu ketinggalan mana-mana kelas dan akan mengajar pada hari perkahwinannya juga,” kata salah seorang pihak berkuasa institut kejurulatihan, Nirmal.

Tidak lama selepas acara berinai pengantin perempuan pada malam sebelumnya, Priye mula bersiap untuk mengajar dalam kelas Hal Ehwal Semasa pada sebelah pagi.

Shiksha Rath, yang bermaksud Chariot of Education, adalah projek utama Touch India Trust, sebuah badan amal yang berpangkalan di New Delhi yang dimulakan pada 2003.

Ia adalah inisiatif jangka panjang berfokus tinggi yang menyediakan kelas selepas sekolah untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mbhcsf 17-5-2022 08:07 AM
wah memaknakan tunai tetap kami tunaikan je..bagus work ethics dia somehow, i puji jugak.
Quote AnBulisia 17-5-2022 09:01 AM
nafkah batin pun secara online ke?
Quote Supersirap 17-5-2022 10:33 AM
Sangat berdedikasi, semoga dipermudahkan segala urusan
Quote Triple_8 17-5-2022 10:51 AM
Encik Krab pasti gembira.
Quote Suchi 17-5-2022 10:52 AM
Selamat hari guru cikgu Kumar.
Passion dia mmg mengajar, biasa yg camni cikgu yg baik dan akan disenangi anak2 murid.
Jenis bersungguh nak mengajar bukan jadi cikgu sbb tu je pilihan yg ada janji ada dapat gaji.
Quote jiwasemangat 17-5-2022 11:07 AM
Kerja opis buat utk opis.. kerja rumah buat laa utk rumah
Quote angelofish 17-5-2022 02:38 PM
nasib la bini dan bakal anak di lahirkan nanti.perangai macam ni bukan untuk dibangga atau di kagum

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.046758 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top