Baru-baru ini syarikat perkhidmatan perbandingan insurans di Amerika Syarikat (AS) iaitu Jerry membuat kajian tentang tabiat dan tingkah laku pemandu dari pengguna iOS dan Android di AS. Mereka mendapati bahawa pengguna Android memandu lebih berhemat dan selamat berbanding pengguna iOS. Petikan dari Vocket, kajian yang dibuat oleh Henry Hoenig itu menunjukkan pengguna Android dilihat sebagai pemandu yang lebih baik dan selamat kerana menunjukkan prestasi yang cukup baik secara keseluruhan seperti kegunaan brek, kelajuan, pusingan, gangguan jalan dan pecutan. Difahamkan, kajian ini dibuat dengan merekodkan 20,000 pemandu di AS dengan jarak pemanduan mencecah 13 juta kilometer selama tempoh dua minggu untuk melihat tabiat dan tingkahlaku pemandu yang terlibat. Tambahan pula, pengkaji itu percaya bahawa pemandu yang menggunakan iOS lebih mengikut emosi berbanding pemanduan berpandukan peraturan di jalan raya. - CARI |
ADVERTISEMENT