Berita kemalangan membabitkan lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) pada malam Rabu kelmarin, masih segar dalam ingatan dan menjadi bualan rakyat Malaysia.
Belum reda berita nahas kemalangan yang menimpa lima pelajar malang berkenaan, tular pula video lori treler tersebut dimuat naik seorang pemilik akaun TikTok dengan kapsyen kurang sensitif. Pemilik akaun TikTok dikenali sebagai Kishok Kumar itu dipercayai bekerja sebagai pemandu lori dan sering memandu lori treler sama seperti yang merempuh kereta mangsa.
“I really miss you baby come back,” coretnya. Gara-gara muat naik video berkenaan, ramai mendakwa pemilik media sosial tersebut merupakan pemandu sama menyebabkan kemalangan tersebut. Namun, ia disangkal segelintir warganet dengan menjelaskan pemandu lain memandu treler berkenaan ketika kemalangan meragut nyawa itu. Meskipun begitu, muat naik berserta tulisan kapsyen yang kurang sensitif seperti itu membuatkan ramai pengguna media sosial berasa tidak puas hati terhadap pemilik TikTok terbabit apatah lagi kemalangan tragis tersebut meragut nyawa kesemua mangsa di tempat kejadian. Lima penuntut USAS yang maut berhampiran Terowong Menora, Kuala Kangsar, Perak itu ialah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akhbar, 22, Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, Iqbal Hasnun Halimi, 23, Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20. Sumber: Murai
|
prince_marhaen replied at 13-5-2022 04:15 PM
kadang sesetengah abang lori ni over macam dia terpaling kerja susah, sikit2 upload video sudikah ja ...
_kelly replied at 13-5-2022 07:26 PM
dorang kan "pilot darat" tu yg perasan habis..upload payslip 8k rasa mewah sangat dah..kosser
cmf_premierleag replied at 13-5-2022 09:03 PM
Memang pun...dpt gaji 8K terus rasa kaya
Tu level M40 je.
8k tu pun sbb komisyen trip je..b ...
_kelly replied at 13-5-2022 07:26 PM
dorang kan "pilot darat" tu yg perasan habis..upload payslip 8k rasa mewah sangat dah..kosser
cmf_premierleag: Memang pun...dpt gaji 8K terus rasa kaya Tu level M40 je.8k tu pun sbb komisyen trip je..basic tetap 1200 Bleh sustain ke nak dpt 8k tu tiap2 bu ...
_kelly replied at 13-5-2022 11:26 AM
dorang kan "pilot darat" tu yg perasan habis..upload payslip 8k rasa mewah sangat dah..kosser
ADVERTISEMENT