Baru-baru ini di India, ada kes ibu bapa membawa anak lelakinya ke mahkhamah bagi menuntut dia dan isterinya memberikan mereka cucu dalam tempoh setahun atau mereka perlu membayar saman berjumlah ASD650,000 (RM2.8 juta). Petikan dari Kampung Mamak, ibu bapa tersebut, Sanjeev dan Sadhana berkata, mereka telah menghabiskan wang simpanan untuk membesarkan dan membayar pengajian anak lelakinya untuk menjadi juruterbang selain membiayai majlis perkahwinan anak lelakinya. Difahamkan, mereka menuntut bayaran balik itu dengan memberikan mereka cucu, tetapi anak lelakinya yang sudah enam tahun berkahwin masih tidak mempunyai rancangan untuk mendapatkan anak dan ia membuatkan kedua-dua ibu bapanya berasa tertekan. Tambahan pula, India yang dulu mempunyai sistem kekeluargaan bersama yang kukuh seperti nenek, pakcik, makcik, sepupu dan lain-lain boleh duduk serumah, tetapi sejak beberapa tahun lepas trend itu mula berubah apabila pasangan yang baru berkahwin berpindah dari rumah keluarga. - CARI |
ADVERTISEMENT