CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kartun The Simpsons Ramal Gelombang Pasang Kuat Di Kuala Lumpur, 120 Orang Terbunuh

13-5-2022 12:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5347| Komen: 28

Seperti yang diketahui ramai siri kartun popular The Simpsons sering mencuri tumpuan dengan ramalan tentang beberapa kejadian di seluruh dunia yang akhir menjadi kenyataan.


Salah satu episod yang disiarkan pada tahun 2000 turut meramalkan Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat (AS) dan ia benar-benar berlaku pada tahun 2017.



Di aplikasi TikTok, seorang lelaki dikenali sebagai Joel Ravin memuat naik video sedutan The Simpsons yang meramalkan ibu negara Malaysia iaitu Kuala Lumpur dilanda gelombang air pasang surut sehingga mengorbankan 120 nyawa.

"Berita tragik malam ini, 120 orang mati dalam gelombang pasang di Kuala Lala... Peer... Kualala... Oar... Ya saya tahu siaran dah mula. Tapi saya tak peduli.


"Saya tak baca berita itu sehingga saya dapat roti Danish saya. Pergilah cuba cari pengganti," ujar watak pembaca berita lelaki itu.



Kemudiannya muncul satu lagi watak yang memakai kostum lebah mengambil alih tempat lelaki tersebut dan terus membaca skrip berita berkenaan.

"Gelombang pasang yang kuat di Kuala Lumpur membunuh 120 orang," demikian menurut skrip berita tersebut.

Video pendek yang dikongsi Joel Ravin sehingga kini meraih lebih 700,000 tontonan dan dihujani lebih 1,000 komen netizen.

Namun, sebilangan netizen meragui ramalan gelombang pasang surut itu kerana kedudukan Kuala Lumpur jauh jauh dari pantai dan laut.

"Rancanglah macam mana pun... kalau Allah kata tidak, semua tak akan berlaku.

"Tak semestinya tidal wave. Kemungkinan kemarau atau banjir. Tanda-tanda dah datang, banyakkan beramal.

"Tidal wave? Kat KL? Air pasang besar celah mana kat KL?

"KL tiada pantai. Takkan kat area Pantai Dalam?

"Tu bukan ramalan tapi mereka dah rancang," tulis beberapa netizen.

Untuk rekod, siri sitkom Amerika yang diterbitkan syarikat penerbitan Fox itu mula ditayangkan pada tahun 1989. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 13-5-2022 12:31 PM
Lembah Pantai tersenyum sinis
Quote kucingitam 13-5-2022 12:54 PM
takla semestinya air pasang..banjir kilat could be la...
Quote tumpanglalu74 13-5-2022 01:05 PM
Edited by tumpanglalu74 at 13-5-2022 01:08 PM

[youtube]7KYS6xeoBnc[/youtube]
https://www.youtube.com/watch?v=7KYS6xeoBnc

While reviewing his script for the evening news, Kent Brockman discovers he cannot pronounce the city's name, so he crosses it out and replaces it with "France". Later, after Bart steals his Danish, Brockman refuses to read the news, so Bumblebee Man takes his place and starts talking about how a tidal wave had hit Kuala Lumpur and killed 120 people.

Tom Brokaw congratulates Chloe Talbot on a report she did about Kuala Lumpur, saying that it was "truly hard-hitting."

https://simpsonswiki.com/wiki/Kuala_Lumpur

Anyway kat Taman Sri Muda jumlah yang mati banjir sebenornye lebey 100 orang kan?

Quote Artemesiaa 13-5-2022 01:13 PM
Mungkinkah dah berlaku pun atau belum lagi tak siapa tahu sebab ramalan Simpsons jarang bagi tarikh tepat.
Quote she 13-5-2022 01:16 PM
Pantai Dalam ke
Bangsar tersenyum sinis
Quote Kitty_catz 13-5-2022 01:26 PM
she replied at 13-5-2022 01:16 PM
Pantai Dalam ke
Bangsar tersenyum sinis

mana panggei pandai dalam dah.. kan dah hapgred jadi bangsar south
Quote tripleid 13-5-2022 01:30 PM
Hahaha..simpsons ni nk troll sebutan kl yg susah  nk sebut tu je

Apeke bongok pecaya ramalan katon
Quote mawarkhayalan99 13-5-2022 02:47 PM
bukan ramalan ni. dorang dah lama rancang kita je lalai. ayat2 bbnu nowadayssss
Quote Dwdrum 13-5-2022 02:47 PM
Cartoon ada yang percaya
Quote Beribear 13-5-2022 03:41 PM
Epsd ni baru lg ke atau dah lama. Kalau baru lg banjir besar ritu lah kot ramai yg meninggal kan kalah banjir tahun 71 dulu. Btw, pantai dlm still pantai dlm yg bangsar south tu area kerinchi atas bukit sana kat dgn pantai hillpark. Banjir tahun lepas area kg pasir yg teruk pantai dalam banjir sekejap je paras buku lali nasib area situ sg klang tak melimpah
Quote doubleharmonic 13-5-2022 04:54 PM
banjir haritu gelombang ke bukan? aurora graviti tersenyum sinis
Quote ninja boy 13-5-2022 05:22 PM
Acik sittah panjat level 21 taw
Quote FOTHER-MUCKER 13-5-2022 06:17 PM
London jauh juga dari laut tetapi hari hari dilanda banjir air laut.
Quote gigahertz 14-5-2022 12:26 AM
Beribear: Epsd ni baru lg ke atau dah lama. Kalau baru lg banjir besar ritu lah kot ramai yg meninggal kan kalah banjir tahun 71 dulu. Btw, pantai dlm still pan ...

u tengok ni dalam SEAL Team.. petik nama Malaysia.
di katanya 36 warga U.S "killed" di sebuah resort di malaysia
[youtube]l57E_n0fnng[/youtube]
Quote ultra78 14-5-2022 01:15 AM
Bangga ke nama Malaysia dipetik?

Oklah nak share tv series di HBO, Station Eleven. Ada babak main character ni berada di hotel di Malaysia dan dia cuba lari sewaktu pandemik melanda Malaysia pada 2020. Watak pekerja hotel tu cakap chinese. Drama ni berdasarkan novel tahun 2014. Aku tak tengok habis sebab bosan nak mampus. Katanya finale pun ada scene kuarantin dalam bilik hotel di Malaysia.Whatever..
Quote dua_chzy 14-5-2022 01:16 AM
Ada kaitan dengan Nora Danish?
Quote Kurex 14-5-2022 02:21 AM
Kitty_catz replied at 13-5-2022 01:26 PM
mana panggei pandai dalam dah.. kan dah hapgred jadi bangsar south

Rengsa iols kalau masuk pantai dalam tu. Asal masuk area sana, mesti menyumpah.
Quote JunkMail 14-5-2022 08:37 AM
Entah kenapa aku asyik terbaca tajuk ni sebagai gelombang panas kuat.. maybe sebab skrg panas nak mampus
Quote Kitty_catz 14-5-2022 09:38 AM
Kurex replied at 14-5-2022 02:21 AM
Rengsa iols kalau masuk pantai dalam tu. Asal masuk area sana, mesti menyumpah.

sbb penuh ummah b40, then keta park merata2 mcm level asal setingarden ke uolssss ?

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 07:40 PM GMT+8 , Processed in 0.047889 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top