Semalam, berlangsungnya tayangan perdana filem Tiga Janda Melawan Dunia yang diterbitkan hasil kerjasama lima syarikat iaitu Multimedia Entertainment, Directors Think Tank, Golden Screen Cinema, Astro dan Six Fun Media.
Karya itu adalah filem pertama arahan Hyrul Anuar dan ia bakal ditayangkan di panggung wayang tidak lama lagi. Manakala skrip filem berkenaan pula ditulis bersama Nazri Vovinski.
Bagaimanapun, Nazri menerusi ciapan di Twitter mendedahkan dia tidak menerima sebarang jemputan mahu pun makluman mengenai majlis tayangan filem tersebut. Dia hanya mengetahui mengenai acara berkenaan selepas namanya ditag oleh seseorang di Facebook.
"Walaupun rasa gundah tak dijemput, aku tumpang gembira baca review pertama yang ditag di FB aku. Harap produksi lain jangan lepas pandang, kasihan penulis skrip dah buat kerja, hasilnya pula sedap tapi dilupakan," tulisnya.
Terselit rasa sedih kerana tidak dapat menghadiri tayangan perdana filem tersebut, Nazri bagaimanapun dengan rasa senang hati masih mempromosikan filem berkenaan dan mengajak orang ramai untuk menonton karya arahan Hyrul itu.
Dia turut memuji kebolehan Hyrul dan percaya dia mempunyai masa depan cerah sebagai pengarah hebat sama seperti Allahyarham Mamat Khalid.
"Hyrul Anuar, pengarah filem ini ada masa depan cerah. Satu baka dengan Mamat Khalid. Ini kerja yang aku enjoy nak promote suruh korang tengok. Jadi, bila keluar wayang 19 haribulan nanti, korang tengok la. Kecewa korang tak tengok lagi sedih dari tak dijemput ke premiere.
"Enjoy bekerja dengan Hyrul. Sedih gak la tak dapat tengok reaksi fresh dari kawan-kawan scene," katanya.
Tiga Janda Melawan Dunia memaparkan kisah tiga janda iaitu Midah, Rohayu dan Ani yang merupakan peminat tegar penyanyi Aiman Zalini. Apabila Aiman mengumumkan persaraannya dan bakal mengadakan konsert terakhir, ketiga-tiga sahabat baik itu berusaha mengumpul wang untuk membeli tiket konsert tersebut. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Aku turn off kalau Normah Damanhuri, dengan mulut hangsuang nya. Dia ni stock2 reject zaman arwah pak aku, pandang pun takkan sebab orang dulu2 suka benda yang indah bukan benda broken luar dalam.
tbaca di ig norman hakim dlm mengenang pemergian adibah noor, ada diperkenalkan pelakon fasa pertama filem ni...antaranya adibah noor, fasha sandha, marlia musa and mawar rashid.
maknanya raja azura and makcik nomah bukanlah pilihan pertama tp .tp....sy dh tonton pilem ni...hokay lah...x sempat nk ngantuk tp sempat balas2 komen kat fb and skrol segala berita...ha..ha...