CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kasut Buruk Jenama Balenciaga Boleh Ditempah Dengan Harga Bermula RM2,738!

11-5-2022 04:45 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 5096| Komen: 21|Original author: Agent13k

Jenama pakaian mewah iaitu Balenciaga telah mengularkan jenama kasut baharu iaitu "Paris Sneakers" dengan tema lusuh dan buruk, tema itu mendapat kritikan kerana kasut itu dikatakan mempunyai gaya yang teruk dan harga yang tidak setimpal.

kredit foto: RepublicWorld


Petikan dari Suara Merdeka, koleksi terbaru itu datang dalam dua gaya yang berlainan iaitu "mule" dan "high cut", "mule" adalah gaya kasut yang tidak mempunyai bahagian belakang atau kekangan di sekeliling tumit kaki, manakala "high cut" pula gaya kasut yang mempunyai sama gaya seperti kasut tinggi "Chuck Taylor Converse".


Difahamkan, kedua-dua edisi kasut itu boleh didapati melalui pra-tempahan dengan harga yang bermula ASD625 (RM2,738) untuk gaya "high cut" dan ASD495 (RM2,168) untuk gaya "mule" pula.


Tambahan pula, kasut itu didatangi dengan 3 pilihan warna iaitu merah, putih dan hitam, tetapi bagi koleksi berwarna hitam dan putih, Balenciaga telah mengehadkan 100 pasang sahaja untuk dijual di seluruh dunia. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 11-5-2022 05:08 PM
Elok le pakai di kota Paris yg org kencing merata tu dan berbau hancing di seluruh pelusuk Paris
Quote Mulotkoyak 11-5-2022 07:39 PM
KamikuP: Elok le pakai di kota Paris yg ...
hahaha tau xpe.. Kota cinta katenya... Tp bau hanjing serata pelusok tempat.
Quote gideoncross 11-5-2022 08:46 PM
KamikuP replied at 11-5-2022 05:08 PM
Elok le pakai di kota Paris yg org kencing merata tu dan berbau hancing di seluruh pelusuk Paris

Aiol blum prnh jejakkn kki kat Paris tpi dh prnh bca yg Paris tu sbnarnya kotor, x sebersih yg d gmbrkn.
Quote whimsicalmusic 11-5-2022 09:46 PM
Tgk gmbr pn mcm blh bau busuk tu
Quote OyaTonggek 11-5-2022 09:53 PM
KamikuP replied at 11-5-2022 09:08 AM
Elok le pakai di kota Paris yg org kencing merata tu dan berbau hancing di seluruh pelusuk Paris

kannn...dgn taik org merata...mmg kena jalan tunduk kalau kt paris...takut terpijak taik
Quote Lagubestbest 11-5-2022 10:20 PM
KamikuP replied at 11-5-2022 05:08 PM
Elok le pakai di kota Paris yg org kencing merata tu dan berbau hancing di seluruh pelusuk Paris

Bergantung. Kalau B40 pergi mmg ler hancing sbb takat menginap belakang lorong, kemudian gigih jalan tepi longkang cari tempat femes selfie luar/ depan signboard je. T20 drive terus ke depan pintu dan mampu masuk dalam kasut tak lekat habuk pun.
Quote kakigojes 11-5-2022 10:54 PM
I ada sorang kawan, one time dia pakai baju, jeans, dan kasut balenciaga. Actually agak smart jugak masa dia pakai, lepas kepoci tanya harga, terus I takut nak dekat, kang terkena kuih I tengah pegang, naya pulok
Quote gekkou 12-5-2022 01:56 AM
this gonna be a trend kalau artis kpop yang pakai
berlumba la peminat nak beli
Quote kechikchomel 12-5-2022 05:10 AM
Macam baru lepas pijak selut je
Quote KamikuP 12-5-2022 08:55 AM
Lagubestbest replied at 11-5-2022 02:20 PM
Bergantung. Kalau B40 pergi mmg ler hancing sbb takat menginap belakang lorong, kemudian gigih jal ...

Sian B40 yg gigih berselfie di belakang lorong yacch.. asalkan melancong ye dak.. ekekek
Quote KamikuP 12-5-2022 08:56 AM
gideoncross replied at 11-5-2022 12:46 PM
Aiol blum prnh jejakkn kki kat Paris tpi dh prnh bca yg Paris tu sbnarnya kotor, x sebersih yg d g ...

Itu pasal kebanyakan perfume berjenama byk dari Paris sembur2 jah dah wangi takyah mandi .. ekekek
Quote annehuda 12-5-2022 09:51 AM
balenciaga sejak kim kardashian jadi muse diorang aku rasa dah makin busuk dah
Quote gideoncross 13-5-2022 04:37 PM
KamikuP replied at 12-5-2022 08:56 AM
Itu pasal kebanyakan perfume berjenama byk dari Paris sembur2 jah dah wangi takyah mandi .. ekekek ...

Ni msti jnis Eau De Parfum haha, EDP.
Quote paz 25-8-2022 09:56 AM
Sampai hati betul reka kasut macam ni. Tapi mesti ada yang nak pakai.
Quote ciksom 25-8-2022 08:52 PM
KamikuP replied at 11-5-2022 05:08 PM
Elok le pakai di kota Paris yg org kencing merata tu dan berbau hancing di seluruh pelusuk Paris

Aku pernah jumpa mamat perancis masa keje kat carefour berkurun dulu.dia pun cakap France memang bau hancing.
Quote swimswim 27-8-2022 03:33 PM
Ala.. Pakcik pesawah pun dkt kedah nun pun ada sebijik kasut mcm ni.. X payah nk branded 2 pun
Quote anony-mous 11-9-2022 03:48 AM
annehuda replied at 12-5-2022 09:51 AM
balenciaga sejak kim kardashian jadi muse diorang aku rasa dah makin busuk dah

Marketing pon cheap mcm kimK jugak. Kalau sekali dua ok la nk buat design bodo n hauk. Ni berkali2. Hadap viral. Design entah pape. Lepas tu influencer pakat beli mcm org bodoh walupon buruk yakmat
Quote anony-mous 11-9-2022 03:49 AM
Lagubestbest replied at 11-5-2022 10:20 PM
Bergantung. Kalau B40 pergi mmg ler hancing sbb takat menginap belakang lorong, kemudian gigih jal ...

Tp rugi la gi paris kalau x berjalan2 sightseeing. Lawak bila ingat i punya wish nk hanimun dkt paghee. Now mcm fikir byk kali nk jejak sana sbb mcm boleh terbau2 hancing dia pakej pickpocket
Quote idayusoff 22-9-2022 02:19 PM
KamikuP replied at 11-5-2022 05:08 PM
Elok le pakai di kota Paris yg org kencing merata tu dan berbau hancing di seluruh pelusuk Paris

ooo..yekeee paris tu berbau hancingg..indah khabar dari rupe la yeeee..

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:08 AM GMT+8 , Processed in 0.050559 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top