CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Masih Di ICU, Normah Damanhuri Harap Ada Keajaiban Untuk Aripah

11-5-2022 10:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2602| Komen: 10

Dua minggu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat jangkitan kuman pada paru-paru, dramatis Aripah Damanhuri kini menunjukkan perkembangan positif.


Adiknya yang juga pelakon veteran Normah Damanhuri, 68, berkata, biarpun belum sedar sepenuhnya, namun kakaknya itu memberi respons setiap kali dipanggil.


Foto: mStar

"Keadaan dia sekarang sangat membimbangkan juga. Tapi saya memang tidak berhenti berdoa la minta pada Allah semoga dia dipanjangkan usia dan minta keajaiban.

"Semalam saya ada pergi ke hospital untuk melawat dia yang masih di tempatkan di ICU. Alhamdulillah, bila saya panggil dia buka mata dan saya cakap dengan dia pun ada respon... tangan dia bergerak, mata pun terbuka sikit.


"Saya memang tetap berharap untuk dia kembali sihat. Itulah harapan saya dan anak-anaknya. InsyaAllah semua kuasa Allah," kata Normah kepada mStar.

Normah ditemui ketika majlis pratonton dan sidang media filem Tiga Janda Melawan Dunia di GSC Tropicana Garden Mall, Petaling Jaya, pada Selasa.

Pada 23 April lalu, Aripah Damanhuri, 73, dimasukkan ke HKL kerana paras oksigen menurun dan terpaksa ditidurkan selepas disyaki mendapat jangkitan kuman dalam paru-paru.

Anaknya, Nurpais memaklumkan Aripah dipakaikan topeng dan ventilator biasa selain semua jenis ubat penguat jantung sudah dihentikan.

Malah, organ-organ pelakon itu juga semakin sembuh daripada jangkitan kuman.

Dalam pada itu, Normah berkata biarpun lega dengan perubahan positif itu namun dia tetap memikirkan keadaan kakaknya setiap malam.

"Dia masih dirawat di ICU, jadi tak boleh ada penjaga... hanya sekadar datang melawat saja mengikut waktu yang ditetapkan. Tapi setiap malam saya teringin dan terfikirkan keadaan dia.

"Ikutkan sebelum ini tak boleh pun melawat... dua hari lepas baru boleh datang melawat. Saya ada tanya jururawat yang menjaga dia, macam mana keadaan dia... jururawat itu kata InsyaAllah boleh sembuh," ujarnya.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 11-5-2022 10:40 AM
Meolss rasa ubat nak bagi apipah ni pulih suruh kak KM gelek2 depan dia sambil menampakkan tetek kepam lendut
Quote dejure 11-5-2022 12:48 PM
KamikuP replied at 11-5-2022 10:40 AM
Meolss rasa ubat nak bagi apipah ni pulih suruh kak KM gelek2 depan dia sambil menampakkan tetek kep ...

Dia kan gaduh dgn kak km kepam sbb mengadu domba masa kahwin adik dia si aya tu yg panggil penari separuh bogel.aku rasa kak km mesti doakan makcik dia ni cepat mati
Quote KamikuP 11-5-2022 01:15 PM
dejure replied at 11-5-2022 04:48 AM
Dia kan gaduh dgn kak km kepam sbb mengadu domba masa kahwin adik dia si aya tu yg panggil penari  ...

Kejamnyer stmt cuollss but i loike
Quote nawtylulu 11-5-2022 01:25 PM
Rse aripah ni dgn normah ni, aripah ni lebih mcm acik yg baik2 sket.. berlakon pon lbih pd yg sedih2.
Quote addamnor 11-5-2022 01:46 PM
Aripah ini lebih decent penampilan nya berbanding adiknya yang lebih open. Ke acik aripah ini dedulu lebih kurang acik Normah jah? Rasanya beliau lebih sopan gittew
Quote kucingitam 11-5-2022 01:48 PM
semoga acik aripah sihat2 saja..
Quote 800214 11-5-2022 02:46 PM
addamnor replied at 11-5-2022 01:46 PM
Aripah ini lebih decent penampilan nya berbanding adiknya yang lebih open. Ke acik aripah ini dedulu ...

dia dr dulu sopan.pakai tudung.
Quote royaldanish 11-5-2022 02:56 PM
semoga acik Aripah cepat sembuh
Quote GegarVaganja 11-5-2022 03:14 PM
KamikuP replied at 11-5-2022 10:40 AM
Meolss rasa ubat nak bagi apipah ni pulih suruh kak KM gelek2 depan dia sambil menampakkan tetek kep ...

Terus acik Aripah bangun campak sterile surgical bowl kat muka Kak KM.
Lepas tu terus sihat Acik Aripah.


Quote dejure 11-5-2022 03:22 PM
addamnor replied at 11-5-2022 01:46 PM
Aripah ini lebih decent penampilan nya berbanding adiknya yang lebih open. Ke acik aripah ini dedulu ...

Yg aku ingat pasal mokcik aripah ni kes cerai dia dgn laki muda dia..dah 60 an laki dia baru 20 lebih mcm tu lahh..

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.052376 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top