Kalau anak kecil mendapat duit raya, biasanya ibu bapa akan simpan duit raya sebagai simpanan masa hadapan dan mungkin juga ada yang akan menggunakan untuk hal kecemasan. Baru-baru ada video tular di video sosial TikTok yang memaparkan seorang wanita yang memberitahu dia menggunakan duit raya anaknya untuk membeli keperluan bayi. Difahamkan, ramai netizen telah memberi pendapat tentang hukum ibu bapa menggunakan duit raya anak, ada yang mengatakan duit raya itu sepatutnya disimpan dan tidak boleh digunakan kerana itu adalah hak anak, tetapi yang mengatakan boleh tetapi ibu bapa yang menggunakan itu perlu membayar semula. Walau bagaimanapun, tidak salah menggunakan wang itu jika dalam keadaan terdesak untuk membeli keperluan asas anaknya dan keluarganya. -CARI |
_kelly replied at 11-5-2022 02:03 AM
tindakan paling bodoh bila kau upload segala benda..hidup kita, kita tentukan tp bila kau dah share ...
SPACENUT replied at 11-5-2022 11:48 AM
Dalam komen tu ada sorang tu gigih komen setiap orang yang melarang kata UAI punya ceramah kata bole ...
ADVERTISEMENT