Mira Filzah selamat melahirkan anak pertamanya di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, pukul 3.40 pagi Selasa bersamaan 9 Syawal.
Berita gembira itu dikongsi suaminya, Wan Emir yang turut memberitahu tarikh kelahiran anak mereka sama dengan tarikh lahir Mira mengikut kalender Islam. “Setinggi-tinggi kesyukuran isteri syurgaku telah selamat melahirkan putera sulung kami pada tarikh sama seperti ibunya iaitu 9 Syawal bersamaan 10 Mei 2022 pada pukul 3.40 pagi,” ujarnya dalam satu hantaran di Instagram. Emir atau nama sebenarnya Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar juga memaklumkan isteri dan bayi mereka kini dalam keadaan baik dan mengucapkan terima kasih atas doa orang ramai.
|
hidden_fear replied at 10-5-2022 07:28 AM
Wah..baby boy
missHaidiD replied at 10-5-2022 07:30 AM
Harap dpt kalahkan bilie ain shoplot dlm pungutan duit raya. Nenek menteri khenzzzz
Nenek bkn jual ...
ADVERTISEMENT