Seperti yang kita semua tahu, anak kepada selebriti terkenal iaitu Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sentiasa menjadi perhatian peminat dan netizen oleh kerana telatah anak mereka yang bermacam ragam.
Gelagat dua beradik iaitu Yusuf Iskandar dan Alisya Aisyah bukan sahaja menjadi perhatian netizen malah mereka berdua juga seringkali membuatkan ramai terhibur. Walaupun mereka berdua masih kecil namun mereka mempunyai bilangan pengikut yang sangat ramai di akaun Instagram milik mereka berdua. Anak-anak kepada pasangan selebriti ini juga dikatakan sangat cerdik.
Semalam, Hairu Azreen telah memuat naik posting terbaru di akaun Instagram miliknya. Menerusi video itu, kelihatan Hanis Zalikha, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah sedang membuat sesi memohon maaf selepas selesai menunaikan solat bersama.
Namun apa yang membuatkan ramai terhibur ialah gelagat anak kedua pasangan selebriti itu iaitu Alisa Aisyah yang telah memberi isyarat kepada abangnya agar abangnya tidak memberitahu sesuatu. Mungkin ada rahsia di antara mereka berdua yang boleh membuatkan si mummy dan daddy marah. Comel betul Alisa siap dengan isyarat tangan lagi sebagai tanda amaran kepada abangnya.
Video yang dimuat naik oleh Hairul kini telah mendapat lebih daripada 581 ribu tontonan. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat sangat terhibur dengan gelagat Alisa kerana ini bukan kali pertama Alisa 'buat hal'. Comel dan cerdik betul anak Hanis dan Hairul. Semoga Yusuf dan Alisa membesar menjadi seorang manusia yang berguna. -CARI